If you want my heart, you need to take my pain too, Because you will be pricked by my thorns someday

11:43 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Berhabuk. Lama tak menulis. Tak tau kenapa. Roh si penulis yang hilang. Tercari-cari. Tulis macam ni cool. Tiru Atul sebenarnya. Tengah makan anggur. Sedap dan manis. Hmm. Tulis apa ya. Banyak sangat. Bercelaru. Positif. Negatif. Semua ada. Benci. Rindu. Sarat dalam hati.

Merajuk? Siapa mahu pujuk. Rasa tidak penting. Tidak diperlukan. Terbiar macam plastik sampah. Hanya dikutip bila diperlukan. Hanya teman ketawa? Itu aku rasa. Tapi tak berani kata. Kenapa nak sembunyi? Ceritalah. Aku tunggu. Tapi aku tak mahu paksa. Aku rindu. Jauh di sudut hati. Membuak-buak macam bubble tea. Rindu betul. Kenapa jadi macam ni? Ini semua salah perkataan 'dewasa'.

Kenapa sedih? Jangan sedih. Aku nak tolong. Tapi tak boleh. Aku dakdak biasa. Betul. Aku selalu kena label. Kena cop sesuka hati. Budak pandai. Budak terel. Budak mesti dapat straight As. Budak kelas depan. Budak sombong sebab pandai. Budak tak mengenang budi. Budak derhaka. Pandai, pandai, pandai.

Hinaan atau pujian?

Itu anugerah Tuhan. Aku bersyukur. Mungkin itu saja kelebihan aku. Aku tak lawa. Tak ada bulu mata panjang 10 inci. Tidak berani pakai kasut tinggi warna-warni. Rimas dengan alat solek. Aku tidak kaya dengan kertas-kertas berlabel. Barang aku tidak berjenama. Selalu cemburu dengan mereka. Guna duit sesuka hati. Minyak wangi beratus ringgit. Manusia, memang tidak pernah puas.

Bila tengok Henry. Aku senyum. Lebar sangat. Sayang gitu. Haha. Macam bunga matahari. Ceriakan hidup aku. Kesian bakal suami betul. Aku banyak suami. Pening kepala dia nanti. Sorry k bang. Haha. Suami aku. Kena banned dari blog ni. Banyak sangat rahsia. Hush hush. Wah. Macam APink.

Tapi betul. Suami aku. Aku kena halang dia. Dari jumpa Pura-Pura Ninja. Mereka tahu terlalu banyak. Habislah aku. Haha. Kelakar betul. Bila fikir detik itu nanti. Aku yang cuba menutup rahsia. Dan mereka yang menceritakan semua. Tertunggu saat itu. Maygadd. Gatalnya. Tak apa lah. Gatal boleh garu. Macam Li Tyng selalu kata. Haha.

Mengeluh. Dongak. Nampak langit biru. Tadah tangan. Di tikar sembahyang. Kepada Dia. Yang Mendengar. Yang Memahami. Isi hati hamba ini. Tabahkan hati. Kentalkan jiwa. Jadi muslimah terbaik. Aku tidak sempurna, tapi aku mencuba. Gapai semua. Dalam masa yang sama. Senyum sentiasa.

Nantilah. Bila aku ada mood. Aku menulis betul-betul. Baru faham. Baru boleh baca. Ini hanya rangka karangan. Format tak ada. Kata aluan tak ada. Potong tiga markah! Haha. Kenangan SPM. Nampak. Tak faham kan?

Ini aku.

Cliche. Tapi ini aku. Betul.

You Might Also Like

1 comments

  1. Natasha. Kenapakah. Engkau bagai bersedih? Serious. Aku baca. Stop. Stop. Banyak sangat period kau -__-

    ReplyDelete

What you say?