But though I try to erase the love inside of me, though I try to throw it out, It’s not that easy because you have settled in my heart
11:06 PMBismillahirrahmanirrahim,
Krik. Krik. Bunyi cengkerik di blog sayu ini.
Ini Tasha yang menulis. Tapi, ini bukan Tasha jua yang menulis.
Ini Tasha yang baru. Ini Tasha yang sudah masuk universiti. Ini Tasha yang bukan lagi budak sekolah hingusan. Ini Tasha yang sudah lapan belas tahun. Ini Tasha yang kini warga Perak.
Tapi,
Ini masih Tasha yang suka Henry Lau. Ini masih Tasha yang sarkastik. Ini masih Tasha yang swagger.
Haha. Hambar. Lulz
Entri kali ini panjang dan bersepah. Ambil nota semua.
Aku siswi sekarang. Lebih tepat, siswi Universiti Teknologi Petronas. Akhirnya, akhirnya, itu kata hati aku. Setelah permohonan aku untuk kemasukan Januari ditolak, setelah permohonan kemasukan Mei 2013 aku berstatus KIV. Ya, setelah itu semua terjadi, aku akhirnya menjadi siswi di situ. Alhamdullilah, ada juga rezeki aku di tanah Tronoh itu. Tulah, ketegaq bak ang nak masuk UTP! Maka, ingatlah adik-adik, jangan sekali-kali menyerah kalah! Inilah pahit manis usaha?
Dan akhirnya aku menjadi siswi bagi Asasi Teknologi dan dengan izin Allah terus ke Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (ICT) aka dakdak ICT. Walaupun aku tutup sebelah mata dan tahan tangan dari naik ke pipi gebu mereka yang mempersoalkan keputusan aku dan melemparkan ayat menusuk kalbu seperti "Amek ICT je?" , aku gagahkan diri. Kisah apa, yang penting mama dan ayah yang bayar yuran aku, bukan mulut-mulut tu semua. Hoho.
Aku tahu semua benda ada hikmah. Ada hikmah aku tidak dapat tawaran untuk masuk Kejuruteraan Kimia. Bila aku fikir balik, kerja gila mungkin untuk seorang Natasha Eliyana belajar kejuruteraan kerana Fizik ialah subjek paling-paling aku teruk sekali aka noob gila. Natijahnya, tidak logiklah aku untuk belajar Fizik. Bayangkan UPU aku pun dapat Asasi Kejuruteraan ._. Kegilaan apakah ini?
Minggu pertama masuk universiti paling teruk. Sakit rumah (homesick) menular di setiap sendi aku melemahkan sistem diriku. Pada masa itu, aku banyak terfikir perkara gila. Contohnya, pindah balik KL dan daftar masuk mana-mana kolej swasta dan bahagia selamanya tinggal bersama keluargaku. Kerap kali, hati aku tiba-tiba berdenyut sakit dan air mata itu laju memberatkan mata. Itulah dia, orang tak pernah berpisah dengan keluarga kan. Ekstrem betul sakit rumah aku.
Tapi, aku bersyukur.
Kerana sakit rumah aku tidaklah terlalu ekstrem sehingga aku meraung-raung terbalikkan meja. Hanya semalam dua yang dipenuhi dengan bantal basah. Mungkin kerana aku ada Titiqah aka kakak tiri aku aka Double T yang sentiasa kami ship. Teman sebilik aku pun Titiqah. Haha. Forever Double T noks! Sudah tiada rahsia antara kami. Tasha & Titiqah till Jannah k? Haha.
Kehidupan universiti?
Hmm, sangat pelik? Dekat UTP, populasi spesies lelaki sangaaaaaaaaaaat ramai! Sampai aku rasa seperti menjadi mangsa penindasan. Lulz Banyak mana lelaki dekat sini? Bayangkan, batch aku sahaja bilangan siswa ialah dua kali ganda siswi ._. Tapi, bagi Asasi Teknologi aka kursus aku, lagi banyak perempuan. Harhar. Hampeh. Haha. Lulz K
Mungkin kerana ini universiti swasta, kelihatan begitu banyak kereta di universiti ini. Dan menyumpah seranahlah freshie seperti aku yang perlu menapak ke kelas dengan penuh kepayahan di bawah terik mentari menyinar bumi Tronoh itu. Fuh, seksa weh! Maka, aku dengan Titiqah plan dapat boyfriend Abam UTP yang ada kereta supaya kami dapat memanipulasikannya. Haha, teruk betul! xD
Mula-mula, memang rasa insekiyur gila sebab bila tanya dari mana semua jawab MRSM atau SBP atau sekolah terkenal ternama terhebat semua ter lah. Dan aku hanya mampu menjawab "Oh, sekolah biasa dekat KL je." Tapi, aku pegang kata-kata ayah yang berbunyi begini "Kak Long lagi hebat sebab Kak Long duduk rumah je pun dapat masuk UTP. Itu lagi hebat." Haha. Bangga diri sangat!
Aku tiba di KL hari Jumaat lepas. Tumpang Titiqah. Dan balik ni, aku mengadu dekat mama dan ayah tentang perbelanjaan sehari mencecah RM12 iatu makan tengah hari dan makan malam. Instead of tegur aku makan banyak, mama dan ayah tanya "Kenapa Kak Long tak makan sarapan?". Waktu itu, Tuhan sahaja tahu perasaan aku. Betapa dalamnya kasih sayang mereka dekat aku. Betapa, betapa, baru terpampang jelas di mata aku selama ini. Sobs. Hiba sekejap k?
Tahu tak? Aku bangga sangat dengan Henry Lau. Bangga sangat-sangat sebab aku rasa akhirnya SME sedar Henry perlu menyinar. Aku ingat lagi. Waktu itu lecture subjek Thinking Skills baru sahaja bermula pada jam 10 pagi dan aku yang selamanya bukan orang pagi terus bermain telefon bimbit aku dan scroll sana sini muka bosan. Sekali, hah, hamekau! Terpampang gambar teaser Henry Lau tidak berbaju. Terjeritlah sikit aku tengah-tengah kelas tu sambil goncang-goncang badan Titiqah. Haha,
Sokong Trap ya, rakan-rakan? :3
Kalau cakap pasal Henry, mungkin aku boleh buat sepuluh helai esei dengan yakin. Bila aku jatuh ke dalam lubuk depresi, aku akan teringat Henry. Henry yang pernah diboikot oleh semua ELF semasa dia baru belasan tahun dan setahun jagung. Henry yang diboo di tengah-tengah persembahan bersama violin kesayangannya. Lalu, aku terus memasang iltizam untuk bangkit seperti Henry Lau. Walaupun parut itu tetap tidak hilang, aku perlu bangkit seperti Henry Lau. Henry yang tidak pernah berani memanggil peminatnya 'my ELF'. Henry inilah yang bagi aku semangat dan juga bagi aku lalai! Haha. Terima kasih Henry Lau. Lulz
Serious dapat baca sampai habis? Tahniah!
0 comments
What you say?