Where are you now? Who are you with? I am right here. Even now, I am right here.

1:20 AM

 
Terasa ingin berbahasa ibunda di malam yang hening ini, entah mengapa. 

Tidak dinafikan, aku juga sudah lama benar tidak menggunakan bahasa Melayu dalam konteks begini kerana aku bukan lagi pelajar sekolah. Rata-rata emel di tempat kerjaku menggunakan medium bahasa Inggeris walaupun perbualan seharianku dipenuhi bahasa pasar demi memastikan penyampaian maklumat yang lebih mudah dan tepat. 

Orang kata bahasa Melayu itu sukar. Tatabahasanya, lenggok katanya, imbuhannya mengelirukan. Ya, aku rasa itu benar. Pembelajaran formalku berkenaaan bahasa Melayu terbatas hanya hingga di zaman menduduki kertas peperiksaan SPM, tapi aku sangat mencintai bahasa ini. Kerna bagi aku, bahasa ini terlalu banyak rahsia dan kiasan di sebaliknya, sama seperti diriku sendiri. 

Pabila hati kau direntan rindu yang membuak, cara apa lagi yang kau ada selain layarkan syair cinta itu melalui bahasa Melayu? Dakap si dia yang dirindu itu dekat-dekat dan bisikkan kata-kata yang telah lama kau simpan rapi di tangkai hatimu. Kamu itu tulang rusuk kiriku! bercandalah dengannya seolah semesta ini berkerdipan di hujung matanya yang tersenyum. 

Mungkin ketika itu baru kau sedar kecantikkan bahasa ini dan semua yang datang bersamanya. Dibandingkan dengan manusia normal lain, aku sering merasakan aku tidak cukup pengalaman lagi tentang cinta dan aku rasa itu benar. Aku rasa aku tau semuanya dan tidak tahu semuanya dalam masa yang sama. Aku masih naif, walau aku sudah mendengar seribu kisah tentangnya. 

Oleh sebab itu, aku tersekat di antara menagih cinta dari kau yang tak muncul tiba atau mengorbankan diriku di medan perang cinta ini demi masa depan. Cinta? Ah, binatang punya cinta. Tanpa ia, kau dianggap tidak lengkap tetapi jika ada ia, kau dianggap si mabuk yang melayarkan bahteranya tanpa arah. Kau mahu apa cinta? Aku benar-benar penat dengan kau. Rasa kosong di hatiku ini, apa punca sebenarnya. Boleh kau jawab? 

Aku boleh tuliskan banyak puisi cinta untuk kau, cinta. Bait-bait puisi, seperenggan sajak dan susunan kata-kata yang terbit dari hujung cangkir hati, semua sudah siap untuk kamu. Ayuh, datang sini. Ajarkan aku penderitaan kerna biarkan diriku menjadi lemah dan membiarkan orang lain singgah masuk ke penjara hatiku. Ajarkan aku ketakutan kehilangan kau sehingga aku tidak lagi mampu menjadi aku. Ajarkan aku kesedihan yang berpanjangan pabila kau tidak lagi perlukan aku di saat darahku masih lagi berdenyut nama kau. Kerna ini semua erti cinta bagi aku. Esktrem atau tidak, itu semua aku.  

Bagaimana dengan kau? Bagaimana dengan erti cinta pada hematmu? Aku sunyi, cinta. Mungkin kerana itu, aku asyik mencari bayang kau dalam setiap langkah alam semesta ini.

Aku cuma harap kau tak sesunyi aku, cinta.

Happy Valentine's Day.

You Might Also Like

0 comments

What you say?