I’m losing myself, I can’t even remember my name without you, Now will you let go of me from inside of you, let go of me?

11:34 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Luahan hati? Keluhan? Semua sekali.

Aku penat. Betul-betul penat. Tak larat. Rasa nak pengsan. Rasa payah sangat.

Seolah-olah tenaga aku disedut suatu kuasa yang tidak aku ketahui dan akhirnya aku dibiarkan mengerekot di sisi kejatuhan diri.

Kadang-kadang aku rasa semuanya berpunca dari aku. Aku yang ada masalah. Aku yang tak boleh bergaul dengan manusia. Aku yang pelik. Aku yang lain dari lain. Semuanya aku.

Oh Tuhan.

Entahlah. Kalau cerita, seolah-olah aku menyebut satu persatu bakti aku. Tapi, kalau tidak disebut, hati aku yang berdarah luka kena tampal plaster bagai. Apakah ini semua?

Bila aku besar, aku semakin sedar. Benda yang paling aku benci ialah apabila disalah erti orang lain. Apa yang aku cuba nak sampaikan, tak pernah sampai pada orang tersebut. Mereka seolah tidak dapat mentaliti, emosi dan segala persoalan yang bersarang di minda aku. Seolah aku suatu makhluk yang begitu asing dari mereka.

Kenapa?

Aku tak faham. Memang tak faham. Beberapa hari lepas, selepas satu insiden besar, Tiqah kata pada aku, dia telah terlihat semula Natasha Eliyana yang di Tingkatan Lima dahulu yang mengeluarkan api amarahnya dengan deras dan pantas. Aku tersengih. Aku pun tak sedar bila aku jadi begini. Tasha yang lagi satu itu muncul hanya bila perlu aku rasa.

Tapi, tapi, tapi.

Aku bersyukur aku ada Allah. Aku bersyukur aku ada rakan-rakan yang sangat-sangat banyak membantu. Betul aku bersyukur sangat. Kalau tidak, aku dah jadi gila. Dan harini aku banyak sangat typo dalam bercakap sampai Tiqah kata aku dah merepek. Aku pun tak tahu kenapa. Jiwa kacau? Lulz Lama dah tak guna perkataan tu.

Tolonglah ceriakan hati aku. Tolong?

Allah tahu. Allah tahu. Itu aku ingatkan diri aku setiap masa.

You Might Also Like

0 comments

What you say?