Innocent tears and a bruised heart, I am hurt and hurting
5:56 AM
Hujan, macam hati? Mungkin. Namun, hujan ini memujuk aku. Sedikit demi sedikit. Mungkin menulis lebih baik daripada aku sama-sama trending #DialogMalamPertama di Twitter pada Subuh yang hening ini. Lewlz
Aku pernah. Itulah kata kuncinya. I used to dalam Englishnya. Banyak yang aku pernah. Dan mungkin kerana terlalu banyak pernah, hati aku menjadi begini. Keras, busuk dan kejam.
Apa yang dimulakan hanya berbekalkan niat yang ikhlas telah dimanipulasi sehingga begini jadinya. Akhirnya aku menjadi watak antagonis di mata semua. Pada waktu itu, baru aku sedar. Bukan semua antagonis itu ingin digelar antagonis, keadaan sekeliling yang menyebabkan dia begitu. Kesian, antagonis.
Aku tidak mahu berkata-kata. Aku tidak mahu bercerita. Kerana aku tahu, dengan bercerita hanya menambah rasa dalam drama ini. Aku diam, diam dan terus diam.
Terlalu lama sudah aku mendiamkan diri. Terlalu penat aku memujuk diri. Terlalu naif untuk percaya ini semua akan selesai nanti. Lalu, aku terus diam.
Namun,
Akhirnya tiba suatu ketika di mana aku sudah tidak mampu menahan amarah aku, dan BAM! Aku meletup. Letupan. Ledakan. Gegaran. Semuanya aku.
Dan lahirlah aku yang baru.
Tapi, aku yang baru itu masih aku. Aku yang menahan itu juga aku. Dan aku yang meletup itu juga aku. Itu semua aku. Aku hanya manusia biasa. Yang akan menangis apabila dihina, yang akan berdendam apabila dicabar dan yang akan menyumpah apabila kecewa.
Betul kata Najwa Latiff.
Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuat diriku kosong, kosong, kosong.
KOSONG.
Perkataan sesuai untuk aku. Apabila sudah terlalu banyak hinaan, cacian dan ejekan yang aku terima, hati aku menjadi kosong. Sudah begitu banyak air mata yang gugur, tapi, kini aku sudah mampu tergelak dan tersenyum dengan cerita-cerita fantasi mereka. Sekosong pandangan aku terhadap mereka. Beginilah rasanya menjadi kosong. Oh, begitu.
Sesuatu hubungan dibina dengan kepercayaan. Kepercayaan bahawa kedua-dua pihak akan terus bersama. Kepercayaan bahawa kedua-dua pihak tidak akan menyakiti pihak lain. Apabila kepercayaan itu runtuh, hancurlah hubungan itu. Salah aku. Terlalu percaya akan segalanya.
Bukan aku tidak menyesal. Sudah banyak kali rasa bersalah itu memamah diri aku sehingga aku begitu lemah mengerekot di sudut. Begitu banyak kali ingin sahaja aku putarkan masa. Namun, siapa aku?
Pernah terfikir? Mengapa begitu tegar aku berubah? Mengapa mulut aku lancar mengeluarkan kata-kata sarkastik yang menikam jiwa? Mengapa hati ini membenci? Mengapa, mengapa, mengapa. Begitu banyak persoalan tanpa jawapan.
Aku tidak betul dalam hal ini. Namun, aku juga tidak salah. Manusia tidak layak melabel aku. Yang layak hanyalah Allah. Aku hanya lemah di sisi Allah. Hina di sisi Allah dan memerlukan simpati hanya dari Allah. Aku tidak perlu manusia yang kerap kali melabel aku tanpa ragu. Kerana itu, aku membuang. Si pembuang, itu aku.
Aku sudah pernah membuang. Dulu. Setelah Kawaii tamat, aku buang semuanya. Entah berapa banyak rembesan air mata yang aku buang, helaian tisu yang aku campak. Aku buang cincin persahabatan itu. Aku koyak gambar kami. Aku buang bentuk hati dari nama mereka di phone contact aku. Pada waktu itu aku telah berjanji. Untuk tidak membuang lagi. Bodohnya aku.
Kini, aku membuang lagi.
Membuang itu lebih baik dari memberi pada yang tak sudi. Membuang itu lebih baik dari terus melukakan hati. Biar aku simpan memori indah kita di dalam kotak minda. Jangan cemari memori indah itu dengan perbalahan ini.
Aku tidak ingin sekali-kali mengeluarkan kenyataan cliche seperti 'Hanya Allah yang tahu'. Kerana bagi aku, Allah telah terlalu banyak mengetahui keburukan aku yang menggunung tinggi berbanding kebaikan aku yang mungkin hanya sebesar zarah.
Hancurnya hati tatkala persahabatan dipersoal. Apa yang dulu ikhlas, kini menjadi spekulasi. Spekulasi hanya untuk jiwa yang ragu. Spekulasi hanya untuk mereka yang tidak berilmu. Begitu lantang mempersoal anugerah yang telah Allah kurniakan kepadaku.
Kebijaksanaan yang kononnya aku miliki menjadi alasan untuk mereka membela diri. Tidak layak untuk bersahabat dengan seorang Natasha Eliyana yang terlalu penuh ilmu di dadanya, yang begitu hebat di mata semua.
Bukan sekali dua aku menyesal menjadi pandai. Bukan sekali dua.
Aku sudah tiada air mata untuk dikeluarkan. Sudah tidak ada tenaga untuk menjelaskan semua. Aku akan terus begini. Kosong tanpa jiwa. Sudah lali dengan caci maki kamu semua.
Kerana yang jahat itu aku. Kerana yang kejam itu aku. Kerana yang membuang itu aku. Kerana yang tidak menghargai itu aku. Kerana yang bullshit itu aku. Kerana yang budak-budak itu aku. Kerana yang memalau itu aku. Kerana yang hina itu aku. Kerana yang tertawa bersama teman-temannya sebab mengejek musuh mereka itu aku. Kerana yang tidak mahu bertolak ansur itu aku. Kerana yang sentiasa percaya Nur Atiqah itu aku. Kerana yang tahan kerenah Intan Nurshahira itu aku. Kerana yang terus menyayangi Hazatul Fitriah itu aku. Kerana yang membela Adilah Farhana itu aku. Dan kerana yang undur diri itu juga aku.
Entah bagaimana mungkin blog post ini diertikan. Aku tidak tahu. Dan tidak sekali-kali ingin tahu.
Jangan bermain dengan nilai persahabatan, pesan aku.
Terima tanpa kasih.
P.S : Aku akan terus tersenyum walaupun senyuman itu tidak semanis Wufan.
Mood :
n a u s e a t e d -
0 comments
What you say?