I will brush myself off and run once more, Get up once more, right now

11:45 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Pertama, Yun Dujun kacak bergaya. Kedua, Internet sangat baik hari ini. Mari ramai-ramai tepuk tangan untuk Berukband saya.

BBA BI YONG BI BBA BBA BBA BI YONG ~

Lulz Itu rawak. Siapa tahu lagu di atas tolong angkat tangan. Sebenarnya Mak Jemah tak siapkan kertas Sejarah lagi. Tapi, sebab esok tiada matapelajaran Sejarah, tinggal lah kertas latihan itu di atas meja belajar Mak Jemah tanpa disentuh. Esok lah yeh Mak Jemah buat? Myehehe.

Pilihan, pilihan, pilihan. Menjadi gembira adalah pilihan. Bukan paksaan. Untuk gembira memang senang, untuk sedih pun senang juga. Ini soal hati. Ini soal perasaan. Ini bukan soal potassium hexacyanoferrate yang digunakan untuk mengesan kehadiran iron (III) ion. Bukan juga soal Archimedes Law yang menerangkan konsep aerofoil.

Ini soal manusia. Manusia yang memilih jalan mereka. Manusia memilih untuk bahagia. Manusia juga memilih untuk duka. Mengapa pilih duka sedangkan gembira ada di depan sana? Siapa duka untuk musnahkan kita? Mengapa biar diri dikuasai luka mahupun duka lama sedangkan hidup kita terlalu singkat untuk itu?

Hidup terlalu singkat. Entah ada entah tidak esok hari. Terlalu banyak perkara yang belum dicapai, yang ingin dicapai dan akan dicapai. Sekelip mata, semuanya berubah tanpa disedari.

Sekali sekala, biasalah untuk berduka. Kerana kita manusia biasa yang tidak mampu mengawal perasaan. Senantiasa? Oh tidak. Tidak mungkin boleh.

Kerana manusia sangat lemah. Sangat mudah untuk terbuai. Sangat mudah untuk akur dengan segalanya. Persoalkanlah segalanya. Jika dengan menyoal, tiada lagi persoalan.

Aku letih. Aku penat. Menghadapi dunia yang penuh warna dan cerita. Namun, aku masih gembira kerana masih bernyawa. Masih mampu bermimpi menggapai impian di hati. Masih sempurna untuk memeluk manusia lain. Memang Allah kurniakan perasaan. Tapi, bukan untuk ini. Ingat? Emotion is a gift yet a disaster. Perasaan perlu dididik.

Aku ingin ubah. Kerana telah terlalu lama aku melayan duka. Aku ada duka, dia ada duka, semua ada duka. Tapi, mengapa dia mampu tersenyum dan aku tidak? Maka, aku mengambil keputusan untuk terus ke hadapan. Terus melangkah tanpa berpatah. Mungkin bila tiba masanya, akan aku langkah balik ke tempat itu, tapi bukan sekarang. Kerana aku manusia kuat yang mampu berubah.

Aku bukan bersyarah. Bukan juga berjimba. Ini hanya pesanan. Ini hanya motivasi. Untuk aku. Untuk diri. Dan untuk manusia lain. Cukuplah berduka. Dunia dicipta bukan untuk ini. Kita dicipta bukan untuk ini. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita dicipta untuk sesuatu yang lebih besar. Haha. Itu direct translation daripada we are meant for something bigger than this.

Apa-apa pun ingat, di sebalik setiap hujan ada pelangi :3

Because I am Natasha and I am strong.

Mood :  r e l a x e d -

You Might Also Like

0 comments

What you say?