To the days you didn’t know me, Let’s never do a love like this again

11:26 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini hari baru. Hari ini hampir berlalu. Dan akan tiba hari esok. Aku bersemangat baru hari ini. Dan InsyaAllah esok juga akan kekal dengan semangat baru ini. Bulan dah baru, semangat kena lah baru iya tak?

Aku juga ingin menukar perngertian JK mulai hari ini. JK bukan lagi Jiwa Kacau. JK yang aku ingin jadi kini ialah Jiwa Kental. Atau Jiwa Korea. Lulz. Mana-mana pun, ia lebih bagus dari Jiwa Kacau yang membawa banyak maksud negatif dan mampu menurunkan semangat seseorang. Jiwa Kental. :3

Pulang dari MSU dengan penuh semangat yang padu. Haha. Mula dah pantun aku. Tapi, betul lah. Sejakun-jakun aku berjalan dekat universiti itu, aku telah dapat bayangkan semuanya. Seolah-olah aku berjalan di koridor itu sebagai seorang pelajar, menaiki lif-lif di situ like a boss untuk ke kelas. Semuanya mampu aku bayangkan. Ya, akan tiba masa aku. :3

Dengan bermimpi juga aku telah berjaya. Kerana cikgu aku kata, semua kejayaan bermula dari sebuah impian. Aku punya impian. Yang besar dan ingin aku tunaikan. Cuma aku harap ia berjaya. Amin. Semoga aku dan rakan-rakan aku juga berjaya. Amin, amin, amin!

Di sini juga saya ingin ucapkan sekalung tahniah kepada Abang Faiz yang menjaga bilik mayat kerana berkelakuan begitu swag dan melayan mayat-mayat di situ seperti rakan Twitternya. Dia juga cuba membuat lawak hambar berkaitan otak dengan pesanan "Selalulah makan otak-otak" yang membuat semua murid SMK Puteri Titiwangsa macam dafuq? selama lima saat. Syabas Abang, teruskan kerjaya anda!

Natasha Eliyana, kau boleh :3

Mood :  t i r e d -

You Might Also Like

0 comments

What you say?