When the warm and scented wind passes by my cheeks, I think of your face that I used to love

7:38 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Ah, hari ini hampir tamat. Pagi ini dimulakan dengan rasa ingin muntah yang amat tinggi gara-gara terlalu bimbang, risau lagi cuak kerana tanggungjawab mengendalikan majlis perasmian Hari Koperasi bersama Steph Tan. Cuak weh! Berpeluh-peluh Mak Jemah dalam kereta. Tangan sejuk macam zombie ._.

Alhamdullilah, semua berjalan lancar. Cuma aku tak sebut nama Puan Halfah waktu pengenalan tuh. Aku ingatkan dia takde, so, aku tak sebut lah nama dia. Bila aku turun stage, Capiq tunjuk Puan Halfah yang bertudung purple dekat hujung. Okay, malu kejap. Mahu kena saman aku nih. Maafkan daku, cikgu. Padanlah dia usha hot jeh aku time mengacara tuh. Myehehehehehe.

Dan dapat satu plak yang sangat SHINee lagi lawa lagi berkilat lagi segak yang tertera nama aku dan jawatan aku. :3 So bangga. Sobs. Tak sia-sia Mak Jemah bekerja keras jadi AJK Koperasi tau tak? Terimbau memori lalu kejap. Nostalgia berkumandang di udara seolah-olah mampu digapai. Hmm. Aku dah tua.

Esok bazaria. Maknanya tak belajar. Sebab tuh lah aku langsi online like a boss sekarang. Anyway, folio Add Math aku satu habuk pun Mak Jemah tak buat. Rasanya kena hantar next week ._. Apa pun tak boleh weh.

Biology kini diajar oleh Cik Hazinah. Hmm. Malas Mak Jemah nak komen banyak. Kang kena saman pulak. Tapi, tadi ada satu ayat yang keluar daripada mulut Cik Hazinah yang membuat aku berfikir. Berfikir dengan sangat panjang. Ayat itu ialah
Kamu dah tiada masa untuk bergelak tawa!
Betul keh sudah tiada masa? Hari ini 26 Jun 2012. Hari ini hari lahir sahabatku, Intan Nurshahira. Semua versi lagu hari jadi telah aku dendangkan untuk dia sebentar tadi untuk meraikan cukupnya 17 tahun dia bernafas di bumi Allah.


26 Jun 2012. 5 November 2012. Nampak jauh. Nampak sukar digapai. Nampak tiada apa-apa kesan. Sedangkan. Sedangkan. Sedangkan. Hakikatnya, dia makin dekat. Dekat dalam diam. Dekat tanpa suara. Dekat tanpa sedar. Tiba, ia akan tiba.

Peliknya. Perlukah ditetapkan masa untuk bergelak tawa? Bukankah tawa hadir tanpa perlu diundang? Aku rasa gelak tawa penting dalam hidup. Penting sangat. Kalau tiada, mungkin aku dah lama jadi penghuni Hospital Bahagia di Tampui.

Mengapa jika sudah kesuntukan masa anda tidak boleh bergelak tawa? Seolah-olah masa tidak memberi ruang langsung untuk bernafas. Sentiasa menolak dari belakang dan menarik dari hadapan. Aku rasa ini tidak patut.

Haruskah kita hadapi hari tanpa gelak tawa? Haruskah kita hadapi hari mendatang seolah-olah kita menggalas dunia yang berat di bahu? Mata yang bertakung dengan kesedihan jiwa? Bibir yang sudah hilang erti senyum? Haruskah?

Ada sebab. Ada sebab Allah cipta gelak tawa.

Mood :  t i r e d -

You Might Also Like

0 comments

What you say?