At the end, my love had all dried up, I left you
11:46 PMApalah aku nih, harituh kemain nak update hari-hari. Janji Melayu sungguh. -.- Hurm, apa nak tulis yer? Harinih aku sibuk sangat. Sibuk apa? SIbuk download PC games. Myehehehe. Aku kalau dah main game, bom meletup pun dah tak dengar. Parah kan?
Selain itu, semenjak menjadi anak tunggal keluarga Azahari apabila adik aku, Emeer balik Melaka, macam-macam benda pelik aku buat. Hari tuh, aku pergi breakfast dengan ayah aku. Dua orang jeh. Daddy-daughter gituh. Atototo. Haha. Lempang kang. Takde lah pelik sangat kan breakfast dengan ayah aku jeh, tapi bukan selalu dapat chance tuh. Ayah dan lawak-lawak sarkastiknya yang tak lawak -.- Lepas tuh, kan sekarang ayah aku outstation, so, yeah, tidur sekatil lah dengan mama dalam bilik diorang. Jyeah, ada aircond ngek. Sebab tuh muka happy jeh. 8D Lagipun, tilam bilik ayah aku best gila okay?
Hari Rabu kot, pagi tuh aku ada kelas tambahan dekat Maths Clinic tercinta. Pukul sepuluh pagi pulak tuh. Maka, disebabkan mama bekerja dan ayah outstation, dan aku juga tiada suami yang mempunyai kenderaan kerana suami saya Henry Lau sibuk menggatal shooting movie dengan Michelle Yeoh dekat Thailand. Natijahnya, naik LRT lah weh!
Aku tak kisah sangat naik train, tapi pagi tuh hujan lebat gila-gila. Aku dah pandang Tiqah muka risau. Tapi, kitorang redah jugak hujan tuh dengan sekaki payung jeh. Berpeluk-peluk lah kitorang seperti Jang Geun Suk dan Yoona di tengah jalan itu. Aku terfikir jugak waktu tuh. Kenapalah aku bersungguh-sungguh sangat nak pergi kelas tuh? Boleh jeh ponteng. Kelas Maths jeh pun. Aku pandang Tiqah.
Lepas tuh, baru aku sedar.
Sebab aku ada Tiqah. Aku ada dia di sisi aku. Aku ada dia untuk teman aku. Aku ada dia untuk jerit dan mencarut tentang kasut dan baju yang basah. Aku ada dia. Betul lah orang cakap, sebab orang di sekeliling kita lah, kita mampu ke depan. Allah tak cipta kita untuk hidup sorang-sorang. Tak kisahlah lelaki keh perempuan keh muda keh tua keh, aku pasti ada orang di sekeliling mereka yang membantu. Tanpa mereka sedari atau mereka sendiri tahu fakta itu.
Dan, hari itu aku berjaya ke depan. Aku berjaya pergi kelas walaupun basah lencun dan menggigil sejuk apabila angin penghawa dingin bertiup ke arah aku. Terima kasih, Atiqah. Terima kasih, orang sekeliling. :3
Dan oleh kerana itu juga, aku telah jatuh sakit. -.- Berapa kali entah muntah. -.- Nak terkeluar dah isi perut aku semua malam tuh. Nasib baik dah okay sikit sekarang. Mak Jemah mana ada suami nak letak tuala basah dekat kepala. #PengaruhNovelMelayu
Aku rasa, waktu cuti adalah waktu paling sunyi bagi aku. Bila aku buka mata setiap pagi, aku dah keseorangan. Mama dah pergi kerja. Apa yang tinggal hanya sarapan yang dimasaknya untuk aku. Kadang-kadang, benda itu sangat menyedihkan. Bila suara aku jadi serak sebab tak bercakap satu hari. Bila aku terpaksa berborak dengan mesin basuh dan bercerita tentang hidup aku. Apabila aku usap kepala Yunnie dan teddy Henry kerana masih setia bersama aku.
Contohnya, apabila aku pulang dari sekolah setiap hari, dan aku pulang ke rumah yang kosong. Kosong tanpa penghuni. Ada satu waktu, aku tak nak balik rumah lepas sekolah. Kaki aku terlalu berat untuk memanjat tangga ke tingkat empat. Kerana aku tahu tiada siapa yang menunggu. Yang akan tersenyum melihat aku balik sekolah. Pada waktu itu, aku rasa kalau aku dengar bebelan mama selama sejam pun aku mampu tahan kalau itu harga untuk dia tersenyum menunggu aku pulang dari rumah. Aku juga akan lakukan apa sahaja untuk merasa dihantar dan diambil pulang dari sekolah oleh ayah sendiri. Aku teringin lihat ayah yang datang untuk hari mengambil kad laporan di sekolah. Aku teringin, tapi aku tak mampu.
Kesunyian boleh mencengkam kuat. Oleh sebab itu, aku tak pernah membenci satu-satunya adik aku, Muhammad Emeer Aizad. Ya, dia sangat sangat buat aku menyampah. Namun, gelak tawa dia yang aku mampu dengar dari bilik menandakan bahawa ada manusia lain di dalam rumah aku seolah-olah dapat menenangkan aku. Seolah-olah aku tidak keseorangan lagi. Realiti kehidupan terlalu kejam. Aku masih lemah untuk semua itu.
Aku tahu.
Ini bukan salah mama. Ini bukan salah ayah. Mereka bekerja keras untuk kehidupan. Mungkin mereka bukan ibu bapa yang terbaik, tetapi mereka sempurna di mata aku. Ini juga bukan salah Emeer. Dia juga pasti bosan ada seorang perempuan yang lebih tua darinya dan suka mengarahnya. Aku perlu berubah. Aku harus berubah.
Maaflah.
Tiba-tiba sentimental pulak post nih. Aku pun tak tahu mengapa. Luahan perasaan? Aku lega.
2 comments
So sad weih. :(
ReplyDeleteBUT you're really good at this. Writing with such passion. Ever tried writing your own book?
Name it 'Meniti Plastik'. :)
What, meniti plastik?!
ReplyDeleteYin Hui, you . . . -.-
What you say?