Lift up your head, listen to what I’m saying, When it’s good, when you’re happy, you shouldn’t cry
11:01 PMSobs. Sedihnya ada Internet lembap. Nak tengok MV Big Bang pun terputus hajat. Sobs lagi. Bilalah aku nak guna Unifi yang kelajuan dia selaju roket yang membelah angkasa itu? 3:
Okay, okay, topik hari ini. Er, apa ya? Aktiviti hari ini sangat tidak sihat. Tengok TV dari pagi. Macam potato couch tau tak? Terdampar jeh. -.- Mentang-mentang S-One buat Big Bang Round Up, aku tenung jeh lah sexy Tabi dekat skrin TV tak berkelip. 8D
Aku dah habis novel Melayu kedua aku baca cuti nih. tajuk dia Bila Hati Berbicara. Haha. Nampak tak permainan aku? Belajar malas, baca novel Melayu rajin. Kau tahu tak nama hero dia apa? Emir Qasya Ezhan Darus. Pergh, fantastic baby lah nama dia. Tapi, aku tak suka nama dia. Sebab apa?Alasan yang tak boleh diterima. LOLOLOL Kisah apa aku. Apa-apa pun, novel tuh bolehlah. Walaupun kebanyakan masa, aku nak sepak jeh hero tuh sebab meroyan tak tentu hala. Dalam novel itu, heroin telah menuturkan kata-kata yang aku begitu tentang sekali. Iatu 'lelaki semua sama.'
- Nama dia nak dekat sama dengan Emeer, adik aku.
- Nama dia nak dekat sama dengan Amir . . . . . . . . . . . OTL
Pernyataan itu digelar stereotaip. Bererti membuat konklusi tanpa berfikir. Dan itu tidak adil bagi mana-mana pihak. Bukan semua lelaki sama. Masing-masing ada nama, umur, jenis darah, minuman kegemaran mahupun lagu kegemaran yang berbeza. Jika semua lelaki sama, maka bosanlah para wanita di dunia ini. Kerana itu, kita semua berbeza. Ambil sahaja contoh Henry Lau. Kenapa saya jadikan dia contoh di sini? Kerana saya sukakan dia. 8D
Adakah kerana nama lelaki itu Henry Lau maka dia handal bermain bola seperti pemain bola terkenal Thierry Henry? Tidak, bukan? Walaupun saya tak pernah melihat Henry Lau bermain bola sepak untuk dikepilkan sebagai evidens, saya tetap berpendirian tegas dengan kenyataan saya!
Sidang hadirin pembaca blog yang dihormati,
Mungkin jika semua perempuan sama seperti gadis-gadis So Nyeo Shi Dae ataupun Lee Hyori, dunia akan menjadi sebuah syurga yang sangat indah. 8D Natijahnya, hadirin hadirat sekalian, untuk melemparkan tuduhan dengan kenyataan salah seperti 'Lelaki semuanya sama' adalah sangat tidak berasas dan tidak wajar diteruskan.
Bayangkan betapa tergurisnya perasaan sekotak Ribena jika dituduh 'Ribena semuanya sama'. Ini sekali lagi salah. Ribena tidak sama semuanya. Ada yang dibuat di kilang KANADA (penekanan suara), tempat kelahiran suami saya dan ada juga yang dibuat di kilang Petaling Jaya, Malaysia. Selain itu, Ribena juga ada pelbagai perisa seperti Blackcurrant Strawberry yang berjalur merah, Blackcurrant Lemon yang berjalur kuning dan kegemaran saya, Blackcurrant Apple yang berjalur biru muda di kotaknya. Maka, jelaslah huraian saya tentang kenyataan di atas.
Kesimpulannya, seseorang manusia tidak seharusnya begitu mudah mencampakkan kata-kata yang diluahkan tanpa berfikir kerana ianya mampu menyinggung, mengguris, menggores dan menang perasaan orang lain. Akal dikurniakan untuk berfikir. Kerana dalam banyak situasi, hati dan otak kedua-duanya berbeza haluan serta pendapat. Kenapa? Ah, itu pun saya tak mampu jawab. Seperti pepatah Melayu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tidak rasional lah untuk seseorang individu berterusan mengkritik tanpa cuba membaiki.
Memang aku banyak merepek. Kbye.
0 comments
What you say?