Feeling like walking on thin ice, Feeling like flying to the sky.

11:27 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah. Bersawangnya. -.- Dah kategori dianaktirikan blog nih. Kesian dia. Haha. Nak buat macam mana. Calon SPM 2012 kan? Persoalannya di sini, belajarkah calon nih? Ahahahaha.

Banyak. Dah banyak benda jadi. Benda kecil, benda besar, benda yang terlepas pandang. Semua ada. Tujuh belas tahun. Cita-cita, harapan, keinginan. Semuanya ada. Semuanya membuak-buak. Aku tak faham. Aku tak faham. Aku tak faham. Aku tak nak faham.

Hari tuh, budak-budak Form Five kena "brainwash" dengan pengetua. Lepas tuh, cikgu panggil nama budak-budak yang supposedly telah ditarget, ditembak, di-aim, dipilih, terpilih untuk mendapat straight As 2012. Aku salah seorang daripadanya. Tapi, lepas tuh cikgu sebut nombor aku dalam aliran. Haha. Hancur. Hopeless. Tiada harapan. Itu aku?

Budak-budak tujuh belas tahun memang ada gaya sendiri bila menulis. Maka, janganlah bersa tersinggung jika anda tidak memahami entri ini. Sesungguhnya apa yang berada di minda, tak mungkin akan aku ceritakan semua. Tak faham. Tak faham, kan?

Atau mungkin ini kesan ubat batuk? Dah berapa minggu aku batuk dan selsema. Tak baik-baik. -.- Menyakitkan hati. Hidung selalu penuh dengan cecair hijau yang melekit. Jijik kan? Ubat batuk yang aku ambil minggu lepas seolah-olah tiada kesan. Lantas, mama membeli ubat batuk yang sangat "power" kata doktor itu.

Tepat sekali. Ubat tuh memang, pergh. Lima minit lepas ambil, kau akan rasa mata berat sangat seolah-olah kau sedang belajar Fizik di makmal. Hari Isnin yang lalu, aku telah ambil ubat itu selepas makan malam. Dan pergi ke tuition. Teka apa yang jadi? Aku dah nak terlentok terbaring lalok high khayal jeh satu jam dua puluh minit kelas tuh. -.- Terus aku tobat nak makan ubat tuh sebelum pegi tuition.

Esok sekolah. Hoh meh gosh.

Mood : s t r e s s e d -

You Might Also Like

0 comments

What you say?