As much as it was happy, it hurts, I barely fix up my scar and difficultly open my heart
11:09 AMIni kisah sedihku. Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti.
Kelakar kan? Sejak bila Natasha Eliyana layan lagu Melayu jiwang? Entah. Kan orang selalu kata. People changes. Mungkin aku pun macam itu. Aku tak boleh lari dari kenyataan. Aku seorang perempuan. Aku ada perasaan. Aku suka dia. Aku dikecewakan tanpa diketahui. Dan aku telah tewas tanpa masuk ke medan peperangan.
Jika aku ingin tipu orang lain dan diri aku, akan aku tersenyum dan kata ' Ini semua pengaruh Asfa!1! ' . Tapi, diri aku tak bodoh. Diri aku kenal aku. Aku tipu. Ini memang perasaan aku.Aku ada banyak crush sejak aku kecil lagi. Waktu aku sekolah rendah, aku dan kawan baik aku panggil crush aku blueberry. Cute kan? So, sampai sekarang bila aku dengar blueberry aku nak tergelak. Rumah blueberry dekat dengan LRT Dato' Keramat. Aku selalu lalu situ dan akan tenung lama rumah dia. Lawak kan?
Aku tak pernah tegur lelaki yang aku suka. Aku takut. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku panik. Aku lari. Aku tak ada self-confidence. Aku selalu kena ejek waktu kecik. Zaman sekolah rendah aku penuh dengan budak-budak lelaki yang suka hina aku. Aku takut dengan lelaki. Aku takut ada perasaan pada diorang sebab ianya takkan berbalas. Aku tahu. Aku tahu. Kan orang pernah cakap, seorang perempuan tak akan pernah lupa kata-kata kejam yang diluahkan kepadanya. Aku tak pernah lupa hinaan yang orang campak dekat aku. Walau satu pun.
Bila aku masuk sekolah menengah perempuan, ia jadi lebih teruk. Aku paranoid. Aku tak suka dikelilingi lelaki tak dikenali. Aku benci bila lelaki senyum dekat aku. Aku rasa diorang tengah kutuk aku dalam diam. Semua aku anggap sebagai pandangan sinis.
Ini bukan kali pertama. Tapi, kenapa yang ini rasa sangat sakit? Sebab aku dah besar? Sebab aku menaruh sekelumit harapan? Sebab aku rasa aku boleh? Bodoh. Bodoh. Aku memang bodoh. Aku taruh perasaan tanpa memikirkan kerugiannya.
Aku sedang menangis. Dan tidak tahu bila ianya akan berhenti. Aku menangis kerana tiada siapa tahu. Aku menangis kerana aku perempuan biasa. Aku menangis kerana dia milik orang. Aku menangis kerana aku benci ketidaksempurnaan iatu aku. Aku terlalu tidak sempurna dan tiada siapa ingin membaikinya mahupun menyempurnakannya. Aku menangis. Setitik, dua titik.
Aku janji. Ini post terakhir aku tentang kisah cinta aku yang tak pernah ada permulaan. Cinta tak datang pada waktu yang tak sesuai. Aku tahu. Ada seseorang untuk aku. Dan orang itu akan membuat aku menulis post kedua di blog ini tentang cinta. Sampai tiba waktu itu, aku gali lubang dan kuburkan perasaan ini. Bye, budak comel. Aku harap kau akan berubah jadi lebih baik.
Tamat. Aku nak mandi. Dalam kesedihan?
Mama, belikan kak long Ribena.
0 comments
What you say?