I don't have a cold but I have a fever, Just looking at your picture makes me swoon like a fan

11:06 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini hari Sabtu. Aku tidak membuat apa-apa aktiviti berfaedah hari ini seperti membeli-belah dengan menggunakan beg plastik sendiri demi menyelamatkan bumi atau menyiapkan kerja rumah atau mengulangkaji pelajaran. Aku okay.

Hari ini juga sangat panas. Berbahang pula. Walaupun aku telah memakai t-shirt yang menyerap peluh dan seluar pendek yang pendek. Walaupun kipas eletrik ini telah aku halakan tepat sembilan puluh darjah ke arah mukaku dengan kelajuan maksimum. Keinginan aku untuk berbogel sangat tinggi pada masa ini. Mungkin aku akan curi-curi tidur di bilik ayah aku yang mempunyai penghawa dingin malam nanti. :3 Untunglah Korea Selatan sejuk hingga perlu memakai kot ~

Minggu pertama persekolahan telah berlalu. Dengan begitu lambat. Tiga hari seperti tiga bulan iatu tempoh masa Program Latihan Khidmat Negara. Begitu memenatkan. Emosi mahupun fizikal. Cikgu-cikgu seolah-olah menganggap mempermainkan perasaan budak-budak kelas sains adalah benda yang sangat menarik dan wajar dilakukan setiap waktu. Aku juga malu untuk mengaku bahawasanya aku telah mengalirkan air mata sepanjang tiga hari tersebut. Sememangnya aku apa yang adik aku gelar sebagai gembeng, kuat nangis dan mengada-ngada. Mengeluh.

Aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari-hari seterusnya. Memikirkannya membuat aku menjadi gila. Membuatkan aku membuat pertimbangan tidak rasional seperti ingin mengadakan amuk ala Hang Jebat di balairung seri Istana Melaka. Entahlah. Manusia sememangnya satu organisma yang sangat pelik. Aku tidak pernah memahami sikap dan sifat spesies ini dan aku tidak bercadang untuk memahaminya. Aku cuba bersikap neutral dalam banyak perkara namun sedikit sebanyak terserlah ke arah mana sokongan aku disalurkan. Perkara ini seolah-olah ditelan mati emak, diluah mati bapak. Seperti cuba memilih antara Jung Yunho dengan Henry Lau.

Mereka kata aku suka melencongkan kata-kata semasa menulis. Namun, bukankah itu keindahan bahasa ini? Tanpa lencongan-lencongan itu, maksud kata-kata aku boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara sekaligus menimbulkan aura misteri di sebalik blog ini. 8D SWAG! Haha.

Talian Internet juga sangat-sangat lembap. Ini bukan lembap yang biasa. Wahai Celcom Berukband, aku akan menduduki SPM bulan sebelas nanti bukan sekarang. Maka, jangan perlahankan talian Internet aku dengan alasan menyuruh aku mengulangkaji pelajaran.

Dah lah! Bodoh punya Internet. Aku merajuk dengan kau! Macam aku merajuk dengan Yunho lepas dia memberikan ciuman kepada Go Ara atau dengan Donghae kerana dapat pergi bertemu janji buta dengan perempuan yang lawa. #EH? Kbye.

Mood : s l e e p y -

You Might Also Like

0 comments

What you say?