Do you only look at the outer image? Please stop now and look at my heart

9:25 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Esok sekolah. Yeay? Mengeluh. Seminggu lagi yang penuh emosi. Saya menasihatkan para ibu bapa untuk tidak menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah perempuan kerana tahap emosi yang tinggi di antara para pelajarnya. True story, bro.

Aku tau. Mungkin aku tidak patut bersikap sebegitu pesimis. Pesimis dan Natasha Eliyana sangat tidak sesuai. Aku lebih senang dikenali sebagai seorang yang suka ketawa walaupun terhadap benda-benda bodoh dari menjadi seorang yang asyik berfikiran negatif. Bukankah setiap perkara itu ada hikmahnya? Atau dalam bahasa orang putihnya, every cloud has a silver lining.

Satu-satunya benda menarik yang aku temui hari ini ialah kemunculan SJ-N di timeline Twitter aku. 8D Uhuh, me gusta. Biases Shupa Juniah aku semua dalam tuh. Me gusta lagi 8D Sila Google untuk maklumat lanjut.

Esok ialah hari pendaftaran kokorikulum. Aku masih begitu keliru untuk memilih aktiviti yang ingin disertai. Objektif utama ialah memilih aktiviti yang tidak menggunakan mental mahupun fizikal yang banyak serta lebih banyak digunakan untuk melepak bersama teman-teman. Saya bukan baik. 8D Minggu depan Temenggung akan mula berlatih. Masa untuk ponteng 8D

Saya perlu tidur. Selamanya? Haha. Kbye.

Mood : r e st l e s s -

You Might Also Like

0 comments

What you say?