Today might be hard but imagine tomorrow, Everyone will clap clap clap toward you
5:21 PMHari pertama sekolah. Yeay? Haha. Hari pertama sebagai calon SPM 2012. Tiba di sekolah agak awal kerana Teacher Faridah yang teruja. Haha. Esok mungkin sudah kembali kepada tabiat tiba di sekolah hanya pada jam 7.15 pagi. 8D Muka poker face jeh tengok budak Tingkatan 1 sambil berkata dalam hati ' Dulu pun muka aku innocent macam tuh. '
Menguap. Duduk di barisan kelas. Berpeluk-pelukan mesra dengan sahabat-handai. Asyik touching tak sama kelas dengan yang lain. Berdoa dalam hati tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Perhimpunan bermula. Muka bosan. Pengetua membebel. Cikgu kanan membebel. Kak Ton membebel. Balik kelas. Muka nak nangis lagi. Kena drag dengan Steph Tan pergi koperasi sebab nak ajar kakak koop baru cara nak guna cash register. Kakak koop baru comel. 8D
Naik kelas balik dan terkejut. Tiada perubahan kelas. Aku senyum kepada sahabat-sahabatku. Mereka membalas senyuman itu. Terus, aku bersa gembira dan mengambil tempatku. Pemilihan ketua kelas sedang dibuat. Oh, 5 Maju memang troll terbaik. Pemilihan AJK. Semua sepakat memajal aku menjadi AJK BM 5 Maju. Oh, bangganya. /Mata Ke Atas, Tangan Ke Dada
Waktu rehat. Berkenalan dengan kakak koop comel. Berlari ke kantin cop tempat. Mak cik kantin baru 8D Teruja lagi dengan harga makanan yang relevan dan tidak melambung-lambung seperti tahun-tahun lepas. Boleh cakap dengan mama supaya tidak perlu membawa bekal lagi. Yeay. :3 Masuk ke makmal kimia. Buat ulangkaji namun asyik tergelak kerana lawak yang melibatkan perkataan ' tahi '. Masuk ke makmal biologi. Salin nota bersama rakan-rakan. Pulang ke rumah dengan muka penuh berminyak.
Itulah hari pertama tahun terakhir persekolahan saya. Anda bagaimana?
0 comments
What you say?