I wish you are unhappy, Because I don't have to be happy or in love
3:32 PM3.45AM. Aku terbangun. Aku berada dalam keadaan keliru. Dah Subuh keh? Lantas, aku gapai baby Corby aku dan tenung skrin. Baru nak pukul empat, getus hati aku. Lantas aku tarik bantal peluk ku dan teddy bear Henry aku dan cuba untuk tidur kembali.
Puas aku pusing badan aku ke semua arah. Mataku seolah-olah tidak boleh lelap lagi. Aku mengeluh.Tiba-tiba, telingaku menangkap suatu bunyi dari bawah katil aku. Bunyi lain yang kedengaran hanyalah deruan kipas eletrik di sebelahku. Aku terdiam. Aku dengar lagi bunyi itu. Bunyi plastik berkeriut. Aku kerut muka. Kalau nih cerita wayang, patutnya Ju-On dah keluar tarik aku. Aku tersengih sorang-sorang dalam gelap. Aku dengar bunyi itu lagi.
Sepantas kilat, aku halakan lampu dari telefon bimbitku ke arah bunyi tersebut. Aku menyangkakan itu bunyi anai-anai yang memakan dinding bilik aku. Namun, bunyinya yang begitu kuat menyebabkan sangkaan aku meleset. Bunyi apa tuh ya?
Keinginan ingin tahu yang amat sangat membuatkan aku terus membuka lampu bilik. Pada ketika itu, terus darahku berderau. Rupa-rupanya, seekor lipas telah tersekat di antara beg-beg plastik di bawah katil aku. Lipas itu berusaha untuk membebaskan dirinya lalu menghentak-hentakkan kakinya di plastik beg itu. Jadi, aku terbangun nih sebab seekor lipas, keluh hatiku.
Sebagai seorang yang mempunyai ketakutan yang memang tidak rasional terhadap lipas, aku terus bangun dan gapai tin penyembur racun serangga di dapur. Namun, aku begitu takut untuk membunuhnya. Aku mengeluh. Nak tak nak, terpaksa aku mengejutkan mama yang sedang tidur. Terbit rasa kesal dalam hati aku tatkala itu. Sememangnya aku tak boleh berhadapan dengan serangga perosak itu sendiri. Mama bangun dari tidurnya dan terus membunuh lipas itu. Lipas itu dikutip dan mama buang ke tong sampah. Terus mama menyuruh aku tidur kembali.
Aku terus melompat naik ke atas katilku tanpa menoleh ke bawah kerana seram. Aku mengeluh. Aku memang pengecut. Sekali lagi tanpa diduga, aku menangis. Aku seka air mata aku sendiri. Kenapa kau nangis, Tasha, aku tanya hati aku. Tapi, aku tahu aku sebenarnya dah ada jawapan untuk itu. Kerana aku telah gagal menjadi seorang anak yang baik. Aku tak boleh diharap walaupun aku seorang Kak Long dalam keluarga.
Tidak dinafikan, kita semua ada bayangan ciri-ciri seorang anak sulung perempuan sesebuah keluarga bukan? Bersopan-santun persis gadis Melayu terakhir dan mempunyai kemahiran berkaitan kerja-kerja rumah. Bak kata orang tua, sejuk perut mak kamu mengandung. Aku mengeluh lagi. Aku memang seorang yang gagal. Aku tak pandai memasak. Malahan, air pun aku tak reti buat. Aku manja. Aku memang seorang yang gagal.
Dan sudah tentunya Son Dongwoon yang sememangnya takutkan semua jenis serangga tidak boleh sekali-kali berkahwin dengan aku. Ini kerana aku tidak tahu siapa yang akan membunuh lipas yang mungkin akan ada di rumah kami nanti. Oh, huru-hara yang akan timbul. Maaf Dongwoon, aku bukan untukmu.
Setelah empat puluh lima minit meratapi kehidupan aku yang sedih dan keyakinan diri yang semakin menurun, aku terlena kembali.
0 comments
What you say?