I want your heart, The same heart, Same words, Loving you

11:58 PM


Bismillahirrahim,

Okay, sebenarnya memang tiada terlintas di benak penulis untuk menulis hari nih. Tapi, sekali lagi, nih blog aku. Suka hati aku lah kan? KAU ADA? Okay, nih bias baru aku. Sila perkenalkan. Blog readers, Nam Woohyun. Nam Woohyun, blog readers. Okay, semoga perhubungan ini akan terus berkekalan. :3

Pertemuan pertama kami adalah di depan TV di channel KBS World 391. Aku yang secara telah tidak sengaja menonton Immortal Classic yang telah lama aku berhenti tonton semenjak ketiadaan Yesung mahupun Kyuhyun. Maka, kami bertentang mata dan jatuh cintalah si gadis pada jejaka ini. Yeah, romantik kan kisah cinta kitorang? x)

Actually, aku dah lama pun usha hot Infinite. Sebab kebanyakan lagu diorang semua merentap jiwa raga. Malas nak kenal members jeh. So, mulai hari ini, aku akan cuba mengenali hati budi masing-masing, eh, hati Nam Woohyun. Hehe. Diam, selagi Yunho masih wallpaper laptop aku, jangan pertikaikan cinta aku pada dia. Yunho ialah bias yang tidak boleh disentuh, okay? Kbye,

Sudah mulai menonton drama Scent of Woman di Channel S-One. Nampak sangat aku tiada kehidupan, bukan? Yeah, like a boss. So far so good. Tapi, aku tidak begitu mengenali hero keduanya. Namun begitu, hero pertamanya sudah tentulah aku begitu kenal iatu Lee Dong Wook yang kacak bergaya. Sobs.

Hah, dah alang-alang menulis nih. Harituh siapa tengok MAMA 2011 angkat tangan cepat! Dan aku sudah semestinya tengok. Tapi, dekat 8TV jeh. Sebab Celcom Berukband 'kesayangan' aku ini begitu 'laju' seperti sang garuda yang membelah angkasa biru. -.- Dapat hipertensi atau darah tinggi kerana persembahan HyunseungxHyuna. Sentap hati mak nak! Nasib baiklah Hyuna kan, kalau wanita misteri yang tidak diketahui, mungkin aku akan cucuk hidung Hyunseung dengan broadband aku yang lembap nih. Ahahahaha. Okay, ini sebenarnya dramatik sebab bias aku dalam BEAST atau B2ST atau BTOOST ialah Yun Dujun ataupun nama timangannya Yun Sudu sebab aku marah dia hampir kiss Lizzy dalam sebuah drama namun berjaya dihalang dengan sebatang sudu. Fuh, nasib baik. x)

Tapi, yang paling tidak berapa aku puas hati ialah apabila Homin tidak merangkul satu pun anugerah dalam majlis ini. Sangat tidak relevan. Tapi, aku tidak begitu kisah kerana Super Junior yang sapu. Sebab sekali lagi, kalau orang lain yang menang, akan kucucuk dengan Celcom Berukband nih. Okay, aku obses nak cucuk hidung orang. Waktu Super Junior menang last-last tuh, air mata jantan aku nak jatuh jugak, tapi, sebab ayah aku ada terus aku buat poker face dengan muka ketat. Terharu tau.

Seterusnya, cakap pasal Super Junior. Episod Strong Heart hari nih ada Super Junior. Maka, bermulah rutin fangirl aku depan TV seperti biasa. Oppa are perfection. ;~; Okay, dramatik. Dulu Kyuhyun muka sememeh jeh jadi maknae, tapi, sekarang dah macam finalis Kacak Bergaya dekat Pancaindera. Okay, aku patut berhenti jadi dramatik.

Aku nak pergi tengok B1A4 Sabtu nih. KAU ADA? Sandeul :3 Yeah, aku terpaksa mempak cik tirikan Super Junior. Sorry guise. So, aku bisik-bisik dengan mama konon-konon mother-daughter secrets lah kan kata aku nak beli baju. Pastuh, malam tadi, tiba-tiba ayah aku tanya nak beli baju apa. -.-' Ayah, Kak Long nak beli baju baru yang lawa bergaya lagi comel sebab nak pergi jumpa menantu ayah. :3

Panjang gila aku tulis. Haha. Kbye.

Mood : i m p r e s s e d -

You Might Also Like

0 comments

What you say?