I try to be calm but whenever you show up in front of me, I feel like I’m going to tell you I love you
10:19 PMHai. Tasha iz back writing, baybehhhh. Muahahahahaha. Okay, tuh random. Jangan layan aku. Nampak sangat tak betul memalam nih. Menulis setelah makan sandwich tuna yang begitu sedap dibuat oleh mama saya. Hoh meh gosh.
Aku ada complaint hari nih. Jika anda sering menonton drama-drama Melayu di pelbagai saluran TV, anda pasti akan menyedari hal ini. Apabila ada suatu watak yang bernama Tasha di dalam drama Melayu, hanya ada dua kemungkinan personaliti watak itu ialah a) budak kecik innocent yang begitu comel atau b) minah gedik. Sumpah, tuh jeh karakter orang yang nama Tasha dalam drama nih.
Okay, maybe korang tak ingat, tapi dulu ada satu drama Melayu aired dekat TV3 bertajuk ' Natasha' yang dilakonkan oleh Fasha Sandha. Kehidupan aku sepanjang tiga bulan tuh memang penuh duka ranjau tempias drama tuh. Mak tiri Natasha yang kejam gila dalam cerita tuh asyik panggil dia 'perempuan sial' setiap 5 minit. Haha. Guess budak-budak laki kelas aku tegur apa bila jumpa aku esoknya? Bodoh punya classmates. Aku nih punyelah bertuah orangnyeh. Nasib baik sekolah perempuan sekarang. ._. Then, ada satu episod tuh si Natasha dalam drama tuh kahwin dengan seorang yang berpangkat Dato', lalu, secara autokrasi dia digelar Datin Natasha. Dan sekali lagi, bila aku pergi sekolah esoknya, aku kena panggil Datin Natasha oleh cikgu aku yang suruh aku buat soalan Maths kat depan. Demm-
Satu-satunya masa aku tak kesah nama aku dipergunakan dalam drama ialah apabila Kang Minhyuk menggunakannya. Sekian, terima kasih.
Aku benci bila orang kata dia bosan gila waktu cuti. Sampai tahap nak pergi sekolah. Like what the- Tak dinafikan, walaupun cuti sekolah dah start, kehidupan aku tak deh perkembangan pun. Bangun lambat like a boss, makan, tengok TV, baring balik, baca komik, makan dan berulang lagi dalam satu kitaran. Namun begitu, aku tak rasa bosan tak buat apa-apa. Team duduk rumah! I mean, kalau keluar rumah, dah lah panas, lepas tuh takde duit dan kalau ada duit sekalipun akan habis dibelanjakan. Prinsip aku ; jangan keluar kalau tiada tujuan yang tepat.
Aku rasa kena start buat Holiday Alert dah. Tapi, sumpah malas. Kerajinan aku hanya akan singgah pada waktu-waktu tertentu dan tidak dapat dijangka. Misalnya, ada sekali tuh aku rajin gila sampai aku buat latihan Add Maths sampai satu pagi. Yeah, Tasha hebat. Most of masa cuti aku sekarang dipenuhi dengan main computer games and KPop. Tapi,part KPop slow sikit sebab Berukband ngok nih yang limitkan Internet aku. ._. Main computer games pulak asyik mencarut jeh sebab aku kalau dah menghayati main games nih boleh sama taraf dengan Cho Kyuhyun dah. Cuma aku tak layan main Starcraft jeh. Ahahaha.
It's okay, takdeh internet pun. Aku ada banyak drama nak tengok. :3 And finally, bilik aku nampak senonoh sikit! Meja komputer dah kena campak kat tong sampah and komputer ayah dah bawak pergi office dia. Tetibe bilik aku nampak luas bebenor. x) Meh lah datang sleepover, meh ~
Aku rasa semua orang dah tahu. Aku budak manja. LOLOLOLOLOL. Even aku pun tak boleh sangkal fakta tuh. Nama jeh Kak Long. Ptf, siapa suruh parents aku manjakan aku kan? Kan? Ahahaha. Tidak mengapa, bonda dan ayahanda, akan anakandamu ini membuktikan cinta ananda padamu berdua dengan kejayaan ananda yang ekstravaganza.
Oh, aku rasa aku boleh tulis novel jugak. Sebab ayat aku berbunga-bunga. Contohnya, cintaku yang terang-benderang disinari kasih sayangku yang mengalir tanpa henti ke arahmu ataupun benih-benih cinta yang kita tanam di sepanjang laluan kasih kita bersama secebis kuntum bunga kesetiaan dan setangkai kejujuran. Nak termuntah kan? Nanti aku melamar laki aku dengan ayat-ayat nih. Kbye.
Nak sambung main computer games. Kbye lagi.
Mood :
t h o u g h t f u l -
0 comments
What you say?