Already broken, already gone, already know you’re moving on, I’m a breathing, talking, dead man, walking

5:12 PM

Senyum, senyum macam Sandeul.

Bismillahirrahmanirrahim,

31 hari menuju SPM, 6 hari menuju hari lahir Henry Lau dan 20 hari menuju tujuh belas. Perhitungan sudah bermula. Tidak mengerti anda sudah bersedia atau tidak, perhitungan terus berdetik. Begitulah kehidupan.

Baru-baru ini, aku baru sedar.

Bahawa semua benda berkaitan. Perkaitan yang pelik tapi benar. Bagaimana aku sedar? Ini ceritanya.

Kisah pertama, hari itu blok kelas aku telah terputus bekalan eletrik. Maka, keluarlah rungutan dari mulut aku dan rakan-rakan tentang kepanasan yang semakin menghimpit semua. Tidak lama kemudian, kelas 5 Maju telah diarahkan untuk turun ke Dewan Penataran Ilmu. Dan berita baiknya, eletrik ada di situ. Maka, berjimbalah kami dengan kipas sejuk di sana. Sedang asyik belajar sans bergosip tak tentu hala, hujan pun turun. Hujan yang tiba bersama angin yang sejuk. Hujan yang mendamaikan. Hujan yang menenangkan.

Dan pada ketika itu, aku tersedar. Tentang perkaitan semua perkara.

Kisah kedua, aku dan rakan-rakan sedang menuruni tangga untuk ke kantin. Separuh perjalanan di tangga, baru kami teringat yang selepas ini ada kelas dengan Puan Ooi di bawah. Perlukah kami naik semula untuk mengambil barang-barang? Selepas beberapa detik mendebatkan faedah dan kesannya, kami akhirnya terus turun tanpa membawa barang. Teryata, hari itu aku bernasib baik kerana dapat makan nasi tomato yang sangat limited bilangan pinggannya hari itu dan rakan-rakanku terserempak dengan cikgu yang memang dicari dari tadi.

Mungkin, ini semua contoh bodoh dan kelakar. Tapi, bagi aku ia berguna. Ini satu pengajaran terhadapku. Supaya aku tidak menyesali kehidupanku dan keputusanku selama ini. Bahawasanya Allah telah menetapkan aturan hidup semua hamba-Nya. Aku akur. Ini semua ada hikmahnya.

Dan seperti juga tragedi hitam ini, semuanya berkait.

Dan aku juga sudah tersedar. Sepanjang peristiwa hitam yang telah melanda kuat hidup aku baru-baru ini, baru aku perasan. Bahawa terlalu banyak sahabat yang telah aku abaikan. Sahabat yang sememangnya lebih berharga dari gelas kaca yang aku sanjungi dulu. Mereka yang seharusnya aku ambil berat lebih dari diri aku sendiri. Kerana mereka sentiasa ada untuk aku dari dulu. Berdiri teguh, di belakang bayangku. Menyambut apabila perlu. Sahabat seperti itu yang telah aku ketepikan dulu. Aku yang dulu terlalu ingin mencuba sesuatu yang baru, gaya hidup yang baru dan pandangan baru sedangkan itu semua bukan aku.

Maafkan aku, sahabat-sahabat lama.

Aku mungkin hilang banyak, tapi aku peroleh lebih banyak. Aku peroleh kekuatan dan kekentalan jiwa, aku peroleh pengajaran, aku peroleh kekebalan terhadap kata-kata nista. Aku kembali bersama mereka yang sudah ada dari dulu untuk aku.

Biar aku sebut nama-nama mereka, agar aku tidak akan pernah lupa aku punya sahabat-sahabat seperti mereka. Nur Atiqah, Adilah Farhana, Hazatul Fitriah, Intan Nurshahira, Nur Azreen, Nadiah Salman, Syarifah Jamiamirah, Rhina Shushela dan mungkin banyak lagi nama yang aku terlepas pandang. Terima kasih, atas kasih kamu semua. Membantu seorang Natasha Eliyana untuk terus berdiri teguh.

Ah, maaflah. Mungkin selepas ini mereka akan dilabel sebagai 'geng Tasha'.

Aku yang dulu terlalu bodoh.

Aku sudah tidak kuasa bersuara. Menerangkan mahupun diberi penerangan. Diamlah aku seperti seorang pengecut yang kehilangan kata. Walaupun minda aku telah merancang semua kata, aku akhirnya setuju untuk menutup mulut. Menjadi yang dibenci semua, bukan mudah. Khabar angin yang terbang merata ibarat garuda ganas kadang kala menjatuhkanku. Senyuman palsu dan kata-kata sinis kini sudah aku lalikan dengan hati. Jelingan tajam sudah tidak mengetuk tangkai hati lagi.

Aku sungguh tidak tahu apa yang mereka mahu. Keadilan? Mungkin. Kepuasan? Mungkin. Kebenaran? Mungkin. Tapi mereka lupa, mereka telah kehilangan aku sebagai seorang sahabat. Rugikah mereka? Mungkin. Sombong bukan aku untuk menyebut bakti sendiri, tapi itulah kebenaran.

Guru-guru, sahabat handai, orang asing, semuanya sudah tahu. Tapi, aku tidak tahu apa yang mereka tahu. Terkilan dan kecewa, tapi apa mampu aku buat? Nama aku sudah terpalit lumpur, jatuh tinggi nilai harganya di kalangan semua. Jadilah aku si sombong ilmu yang membuang dengan biadap.

Biarlah, biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Aku sudah tidak larat. Seronok juga menjadi yang dibenci semua.

Ingat amaran aku, aku tidak akan memafkan jua mahu meminta maaf.

Betul. Pengalaman mematangkan usia.

 Mood :  c a l m -

You Might Also Like

0 comments

What you say?