Will the dream-like memories also scatter? Like rain drops, far away, tok tok tok
9:29 PMBismillahirrahmanirrahim,
Orang kata. Ini orang kata lah kan.
Hidup itu macam roda. Roda itu bulat. Roda ada radius, diameter, area of sector, area of segment. Roda macam AJ cakap " Don't deny our r ² π ". Maaf, demam trial mungkin.
Bila aku kaji dan fikir serta tenung kembali, ya, hidup memang macam roda.
Kehidupan macam roda kereta empat pacuan. Berpusing laju tanpa kehendak hati. Berpusing hingga kita pening. Walaupun hati menjerit laju lagi roda, laju! Tapi, roda tidak pernah mendengar. Kerana roda sendiri berpusing bukan atas kehendaknya. Roda hanya mengikut perintah. Roda hanya sebuah roda.
Bila diri terlalu sakit, fizikal mahupun mental. Kita menyumpah roda. Ah, ini semua salah roda. Terlalu perlahan hingga aku tidak mampu bertahan lagi. Terus bergelumang dalam kebencian. Roda terus dihina dan dimaki. Nasib baik roda itu hanya objek, jika tidak mungkin roda juga bisa terluka mendengar makian kita.
Tangisan, kesedihan, kemarahan, kebencian. Laju lagi roda, biar hati terus membuang perasaan itu. Laju lagi supaya minda tidak mengingati lagi kesakitan itu. Laju roda, laju, jangan berhenti. Bawa lari diri dari realiti. Jangan berhenti.
Kadang-kadang,
Kehidupan juga seperti sebuah roda Ferris Wheel. Akan tiba waktu roda itu terlalu perlahan sekali berpusing. Dan pada waktu itu, kita sedar. Wah, bergunanya roda ini! Waktu itu kita dapat lihat semuanya di depan mata. Apa yang tidak dilihat, tersembunyi di balik tabir selama ini terus terbuka dan terbentang luas. Bagai terbuka pandangan, semuanya menjadi kabur. Yang penting kini, hanya kau dan roda.
Masih belum puas lagi aku menikmati semua kegembiraan ini. Perlahanlah roda, perlahanlah. Aku mahu hargai semua ini. Kerana aku tidak tahu apa yang ada di depan sana. Aku ingin mengingati semua ini. Jadi berhentilah roda, supaya aku dapat menyimpan.
Senyuman, gelak tawa, pelukan, kata-kata semangat dan pujian ikhlas. Semuanya bermakna. Satu demi satu. Berhentilah roda, berhentilah, pinta kita pada roda. Biar aku nikmati saat ini. Biar aku ingat semua memori ini. Biar aku mampu semat semua memori ini di sudut hati di saat roda sudah mula berputar kembali.
Tapi, hidup tidak sepenuhnya macam roda.
Roda itu bulatan. Dan bulatan tiada permulaan. Bulatan juga tiada pengakhiran. Bulatan terus bergerak dalam bentuknya. Hingga ∞ , mungkin? (Di sini terselit lawak yang hanya ada sesetengah manusia mampu tangkap)
Tapi, tapi, tapi, hidup bukan begitu. Hidup ada permulaan. Hidup ada pengakhiran. Walau ianya berputar dalam bentuknya, hidup pasti berakhir. Cuma masa yang berbeza. Roda dan hidup. Sama tapi berbeza. Sama tapi cukup berlainan.
Hidup? Roda? Argh, sesaknya hati. Perasaan yang menyusup ke dalam tangkai hati. Begitu tegar mengetuk lubuk hati. Perasaan, perasaan, apa yang aku harus lakukan?
Soalan cliche ialah siapa aku? Soalan bukan cliche ialah, siapa aku di mata kau? Aku yang mereka kenal? Aku yang kau kenal? Aku yang dulu? Tegarnya melabel. Tegarnya membanding. Tegarnya mengkritik. Tegarnya menjatuhkan hukuman. Tegarnya memberi gelaran. Tegarnya mereka. Tegarnya.
Aku yang berubah. Aku yang berhati keras. Aku yang begitu. Aku yang begini. Aku yang kejam. Aku yang membenci. Aku yang melemparkan makian. Aku yang tidak puas hati.
Wah, wah, wah, semuanya aku.
Kesimpulan? Aku suka tengok Roda-Roda Kuala Lumpur. Lulz.
Mood :
0 comments
What you say?