If not, should I leave you, Because I will wait for you for as long as I need to

11:02 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm. Tenung skrin. Gigit kuku. Berfikir secara mendalam. Nak tulis apa ya?

Aku penat. Hari ini sahaja aku telah belajar selama 5 jam 20 minit. 2 jam belajar Chemistry, 2 jam belajar Biology dan 1 jam 20 minit untuk Akaun. Solat Zohor dan Asar semua dekat MC1. Sekalung tahniah untuk MC1 kerana dah ada surau kecil walaupun macam tak selamat jeh aurat aku sebab takdeh pintu. ._. Tahniah juga untuk MC kerana suka menyeksa calon SPM 2012 dengan mengadakan kelas tambahan setiap hari sepanjang cuti persekolahan. ._.

Aku geram. Semenjak dua menjak, mama dan ayah seolah-olah menghalang aku untuk belajar. Bila aku beritahu mereka aku ada kelas sepanjang pagi, aku akan dihujani seribu keluhan dan 'nasihat' agar aku tidak begitu menekan diri sendiri.

Tapi, macam mana? Macam mana aku tak tekan diri sendiri jika aku tidak dapat apa yang aku inginkan? Apa yang aku inginkan? A+ yang banyak. Banyak sampai semua orang peluk aku. Banyak sampai semua orang senyum dekat aku. Banyak sampai semua dapat terima aku. Tapi, apa yang aku ada? Aku hanya ada sifat tidak matang ini. Aku hanya ada ketidaksempurnaan. Aku hanya ada keyakinan serendah lantai. Cliche nya, aku hanya aku.

Aku tertekan. Menekan, ditekan, tertekan.

Aku tersenyum. Sebab aku baru lepas makan aiskrim. Ahahaha. Aiskrim coklat is the shizz man. Apalah aku nih. Macam roller coster tau dok? Bukan, bukan keropok roller coster tuh! Roller coaster yang ada dekat Times Square tuh. Anyway, aku tak takut pun naik roller coaster. Henry jeh yang terjerit-jerit kena tarik dengan hyungdeul dia naik amusement rides. Sila YouTube video untuk pengesahan lanjut.

Aku dah tak waras. Sesuatu harus dilakukan. Sila panggil Henry Lau untuk saya.

Nak pergi tengok My Name is Khan. Kbye. :3

Mood : s i l l y -

You Might Also Like

0 comments

What you say?