I'll keep shaking your heart so you can't escape me, I will steal your lips and run far away

10:43 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Berhabuk weh blog nih. /tiup sawang labah-labah Tak nak baca blok aku dah? Fine. Kbye.

. . . . . . . . . .

Okay, gurau jeh. Bacalah blog I! Bacalah, bacalah :3 Sedang minum Ribena Blackcurrant di tingat bawah kediaman Raja Nurul Izzati, saudara koding. Macam cyber cafe weh kat bawah nih. Untunglah cousin aku guna Unifi. Suka aku summer camp dekat rumah dia. 8D Seminggu aku ponteng tuition. Swag 8D Eleh, kalau aku pergi kelas pun, takdeh budak comel pun untuk diusha kan? kan? #SalahNiat Yang ada, hanyalah Chundoong langsi yang tidak langsung menarik mata. -.-'

Seterusnya, aku kena sunburnt yang kalau dalam bahasa Melayunya aku tidak mengetahui apakah ia. Matahari terbakar?! -.-' Ini semua gara-gara aku bermain mengalahkan adik-adik saudaraku beberapa hari yang lepas di Desa Water Park. Macam nak pengsan aku bermain air. Haha. Dan inilah akibatnya. Mengelupas ~

Aktiviti summer camp di rumah saudara aku ialah seperti berikut. Bangun pagi, solat, baring-baring, mandi pagi, makan sarapan, bersenang-lenang macam raja, makan tengah hari, solat, bersenang-lenang macam raja, main badminton/carrom dengan adik-adik saudara, minum petang, solat, usha sinetron Nada Cinta, solat, mandi malam, makan malam, bersenang-lenang macam raja, tidur. Best kan? :3

Mungkin ini dipanggil rehat. Mungkin aku telah oenat dengan semua ini. Atau mungkin aku sememangnya seorang yang memang dramatik. Walau apapun, sememangnya dengan tinggal di Puchong, Selangor nih seolah-olah seperti aku lari dari dunia sebenar dan tidak ingin berdepan dengan realiti. Realiti seperti aku harus menghadiri kelas setiap malam kerana aku calon SPM 2012 atau realiti aku sebenarnya sudah berusia enam belas tahun dan tidak wajar untuk aku bergaduh dengan adik saudaraku kerana sebotol air Ribena.

Semalam, saudaraku yang lebih mesra dikenali dengan nama Atie aka saudara koding aku telah mendapat tawaran menghadiri temuduga untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas. Aku tergamam. Semestinya aku sangat gembira untuk dia. Namun, realiti menampar aku kuat. Semua orang berubah. Saudara aku yang hanya setahun lagi tua dariku dan banyak berkongsi rahsia dengan aku hampir menjejakkan kaki ke menara gading.

Dan membuatkan aku terfikir akan masa hadapan aku. Masa hadapanku yang tidak diketahui. Yang hanya boleh diteka dan diagak namun mampu berubah sekelip mata. Masa lalu sememangnya sentiasa dalam ingatan namun masa hadapan juga harus ditempuh. Aku tahu itu. Tapi, aku masih berlum bersedia menerimanya. Seperti kebanyakan remaja lain seusia aku, lebih mudah untuk mempunyai pemikiran ' semalam ialah semalam, hari ini ialah hari ini dan esok adalah esok. ' Namun, ini tidak boleh dikatakan betul seratus-peratus. Kerana semalam lah yang menjadikan hari ini dan esok mencorakkan hari ini.

Pengajaran? Jangan suka berfikir terlalu mendalam macam aku.

Mood : r e s t l e s s -

You Might Also Like

0 comments

What you say?