All of those adults look so exhausted, I'm always afraid that I will look like that too
11:24 PMIni mustahak. Aku telah hilang semangat. Tak, aku tak mewarisi mana-mana saka dari kedua-dua ibu bapaku mahupun mengamalkan ilmu hitam yang mampu membuatkan aku terus dihantar ke neraka jahanam. Okay, mungkin ayat itu terlalu dramatik. Tapi, apa itu hidup tanpa sebarang kata-kata dramatik kan? :3
Lagi semingggu aku akan tidak rasminya berusia tujuh belas tahun. Walaupun fakta ini seringkali disangkal oleh rakan-rakanku yang kerap melemparkan tuduhan bahawasanya aku tidak layak berusia tujuh belas tahun kerana sifat-sifat tertentu aku. Seterusnya, rakan-rakanku akan terus membangga diri dengan fakta-fakta tidak penting seperti semasa aku baru keluar dari rahim ibuku, mereka telah belajar berjalan.
Namun, fakta ini kadang kala mengguris juga hatiku kerana apabila sanak-saudara aku mengeluarkan album lama di mana mak cik dan pak cik aku masih berpakaian ranggi era 90-an dengan memimpin tangan anak kecil iatu saudara-saudaraku yang kini tidak kecil lagi dan aku tidak kelihatan dalam mana-mana foto. Apabila aku mengajukan soalan tentang ketiadaan aku dan memarahi mereka kerana meninggalkan aku, mereka akan menunjukkan tarikh foto tersebut diambil dan ekspresi muka aku terus bertukar kosong. 1993. Hurm, logik untuk aku tiada. Saudaraku juga meneruskan rutin memajal mereka dengan menceritakan semasa aku kecil, aku diberi gelaran ' Princess ' kerana mamaku sering menukar baju aku setiap kali ianya kotor dan kesemua baju tersebut terdiri daripada gaun ropol-ropol yang menjadi kegilaan pada zaman itu. Jangan risau, aku pun nak termuntah waktu dengar.
Seriously, sangat senang untuk distract seorang Natasha Eliyana -.- Hurm, aku dah hilang semangat. Aku juga telah mulai bangun awal. Ya, ya, betul, aku bangun awal! Pukul 8 pagi pada setiap hari. Aku sememangnya sangat bangga atas pencapaian cemerlang ini. Terima kasih, dunia.
Antara perkara yang paling tak masuk akal aku lakukan pada cuti sekolah ini ialah dengan pergi ke taman tema Cosmo World di Times Square. Habis melayang RM37 aku yang sepatutnya boleh digunakan untuk membeli keychain B1A4. EH? Okay, kembali kepada topik. Haha. Dan di taman tema itu, aku telah membuat keputusan yang paling bodoh sepanjang enam belas tahun aku bernafas. Ianya ialah menaiki satu permainan yang digelar DNA Mixer. Aku yang sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam telah menarik sahabatku mencuba permainan itu sejurus saja tiba. Perkataan yang sesuai untuk permainan itu ialah sangat menyeramkan atau dalam bahasa tidak sopannya ' sumpah bapak takut nak mati bangang gila benda tuh pusing aku gila!!1! ' Sesungguhnya, aku tidak akan sesekali membenarkan aku atau suami aku menaiki permainan itu. Atau mungkin aku patut biarkan suami aku cuba permainan itu tanpa memberitahu darjah keseramannya. >:3
Ini random lagi. iTunes aku telah memilih untuk mengumandangkan lagu Breathe oleh G-Dragon. Budak bawah enam belas tahun tidak boleh dengar lagu ini. Mungkin kalau anda telah belajar bab 4 dalam Sains Tingkatan 3, mungkin anda boleh mendengarnya. :3
Okay, sekarang lagu Mr Simple. BLOW YOUR MINDDDDDDD-
Random lagi. Dah, mata aku dah Kyu eh- kuyu. Haha. Gelak lah dekat lawak aku, cepat. Fine, aku nak pergi tidur. Tak perlu sesiapa tahu dengan siapa aku tidur. >:]
Oh, tahukah anda hari ini ialah TVXQ Day? :3
0 comments
What you say?