When the sea ran dry like the sand, That's when I'd give up on this love
11:06 PMGila kau. Dah sepuluh kali aku head-banging lagu Perfection dalam bilik sensorang. LIKE A BOSS. HENRY, WAE U SO GORGEOUS ? Boleh tak aku tulis Bahasa Melayu hari nih? Tetibe sentimental si tasha ni oh. Cecite cecite. Haha.
Minggu pertama naik sekolah. Bosan. -.-' Tak ada benda menarik. Mr D dan lawak unta dia yang tak lawak uh, result exam yang seperti ikan terdampar di tepi pantai dan jua keserabutan minda kerana Sidang Redaksi. Wah, puitisnya aku. Memang layak panggil AJK BM 4 Maju. Hehehe.
Result ? Aku dapat 8A, 1B+, 1C+. Yeah, LIKE A BOSS lagi. Aku tak ingat berapa banyak A dengan A-. Yang penting takdeh A+. Haha. Benda paling bersyukur, of course lah, fakta yang aku tak fail Prinsip Akaun. Serious, soalan dia macam FUUUU- gila. Like first page, tetibe dia mintak menatang buku tunai runcit. Dah lah kat padang tengah heboh blasting Bonamana for Sports Day. Memang aku boleh concentrate sangat lah kan.
Oh yeah, Hari Sukan. Seperti biasa, Temenggung kalah. -.-' Bleh, tanpa pengalah, siapalah pemenang kan ? Aku rilek jeh Hari Sukan. Aku even sampai lambat and kena naik bas last pegi stadium. Penuh swag. xD Tolong Puan Noorli pass makanan for budak-budak uh. Student mithali nih. Tercongoklah aku depan pintu masuk stadium sambil jerit ' KUPON PURPLE SINI, KUPON PURPLE SINI '. Dah tuh, tawaf pulak padang stadium yang selebar alam tuh nak pass makanan kat cikgu bertugas. Memang aku tawaf selamat datang kat stadium tuh lah kan.
Cakap pasal Puan Noorli, sigh. Memang bala- bala ~ Memang badi duduk kelas Maju lah nih. Hesh tuh lah, nak kawen dengan Jung Yunho, mama aku tak kasi. Berserabut kepala otak aku pasal benda yang tak seharusnya menyerabutkan kepala otak aku. Cekgu, ampunkan daku. SOBS.
Tau tak, dulu kan, waktu aku sekolah rendah, aku tak suka orang panggil aku Tasha. LOLOLOL Serious, aku rasa macam girly sangat. Aku suruh diorang panggil Natasha. Bila aku naik sekolah menengah jeh, aku tak kesah orang panggil apeh. Kecuali Eliyana lah kan. Atau Ely atau Eli atau Yana atau Nana. Tapi, dorang panggil jeh aku Eliyana nak trolling-kan aku. -.-'
Kadang - kadang kan aku rasa aku dah besar oh. Aku dah faham half dari lawak - lawak bermoral rendah. Aku dah tak nangis kalau tangan tercucuk pin waktu pakai tudung. Aku boleh control diri bila dekat kedai MyStar. AHAHAHA. Aku fikir dulu sebelum cakap. Tapi, aku tak reti masak lagi. LOLOLOL Yeah, masak nasi pong aku tak lepas. Tapi kan, kat katil aku ada 16 stuffed toy pelbagai saiz. Paling besar si Yunnie tu ah. Suku katil jeh dia punya. Segan oh bila orang tanya nama bear aku apeh. Aku lah pegi kasi nama Yunnie buat apeh. /tutup muka dengan bantal Natasha Eliyana dah besar :3
Betul keh aku dah lupakan Yunho? BAM BAM BAM /muzik saspens Tak logik kan? Tasha dan Yunho ibarat merpati dua sejoli. kalau Tasha puteri, Yunho lah puteranya. Jika Tasha Puteri Gunung Ledang, Yunholah Hang Tuahnya. Manakala kalau Tasha si Puteri Dayang Seri Jawa, Yunho lah si Awang Sulungnya. AHAHAHA.
Tipu kalau aku kata aku tak pernah doubt DBSK. Tipu kalau aku kata aku tak pernah cuba jauhkan diri dari those five guys bila lawsuit tuh start. Sampai tahap aku skip every single song dorang dalam iPod. Tipu aku kata aku tak penat jadi Cassie. Tapi lagi tipu kalau aku kata aku boleh move on dari DBSK. They were my saviour. They were there. Can't you see? They were there. Cakaplah aku delusional, cakaplah aku gila. Cakaplah aku overreact. Kau tahu tak betapa beratnya hati aku nak explain bile orang tanya apa dah jadi kat DBSK. Aku nak jawab apa? Bila cousin aku usik aku sikit kata DBSK dah disband, hati aku dah macam kena pijak dan guling. DBSK, saya sayang and ketat-ketat /diiringi background lagu Nora Elina xD
And aku memang jenis orang yang susah nak open everything dekat orang. Aku baca semua Scorpio macam tuh. Nih kira aku dengan Tabi boleh buat discussion heart-to-heart lah kan? Aku ialah jenis orang yang bila aku sayang kat orang tuh, aku nak dengan dia jeh. LOLOLOL Seriously, aku boleh jadi possesive gileh and jealous gileh. Tak kira ah orang tuh laki keh pompuan. Benda-benda kecik yang kau tak perasan pong boleh buat aku jadi jealous. Tah ape-ape ntah Tasha. Agaknye kalau aku dah kawen nanti, aku tak kasi suami aku keluar rumah tak. Yeah, kurung suami aku like a boss. xD
Dah lah. Penat aku merepek. Nak pegi tido dengan Jung Yunho, Henry Lau, Kim Kibum, Kim Jongwoon, Kevin Woo, Yun Dujun, Jang Hyunseung, Kim Jeong Hoon, Park Taejun, Lee Taemin, Bang Chul Yong, Lee Jaejin, Choi Seunghyun, Heo Yongsaeng, Jared Padelecki and David Archuleta. Bapak banyak bias aku. Tasha memang gatal OTL
P.S : Aku memang saja letak gamba Henry yang menggoda nih, so, bila aku bukak blog nampak dia dulu. Me gusta :3
P.S : Aku memang saja letak gamba Henry yang menggoda nih, so, bila aku bukak blog nampak dia dulu. Me gusta :3
Mood ;
w e i r d -
2 comments
Sleeping with so many guys eh?
ReplyDeleteNaughty you! xD
Yeah, I have too many guys in my life. xD
ReplyDeleteWhat you say?