bosan

3:55 PM

embun tak kan mampu ! menyubur sekuntum ~ bunga yang layuuuu pada musimmm luruhhh !

lagu ini addicting okeh ? bila aku masuk kereta , lagu nih mesti on - air . mak aku sangatlah suka pada shahir sehingga menjadikan lagu ini caller ringtone nya . ambik kau . entry ditulis dlm BM kerana urm , suka hati aku lah . ahahahahaha .

semestinya korang semua tertanya - tanya di mana natasha eliyana yang sangat comel , baik hati , penyayang , lemah - lembut dan pelbagai sifat mahmudah lain lagi telah menghilang ? jangan khuatir , penyelamat si jejaka - jejaka sudah ada di sini ! xD

ini semua salah STREAMYX . sekali lagi , salah STREAMYX ! selepas beberapa siri carutan yang sangat ganas oleh aku terhadap internet , akhirnya hari ini boleh online . =.=' entry di bawah entry ini ditulis pada hari Ahad yang lepas namun disebabkan internet yang bodoh lagi bangang tuh disconnect sendiri , terpaksa dipost hari ini . =.=

tapi , tiada bezanya online atau tidak . sesungguhnya , aku sangat busy . busy gila , bapak busy , busy doe , busy nak mati , sumpah busy , dan laen - laen perkataan sinonim yang dituturkan budak KL . pagi , seminar . petang , cerita korea . malam , buat homework . okeh , mana aku tak hilang kewarasan ? tapi , aku dah lama hilang kewarasan kan , whatever lahh . xDD

minggu nih , start dari Isnin harituh , Maths Clinic buat seminar free untuk student PMR . yer , MC ialah tempat tuisyen aku yang telah menjadi rumah kedua aku lepas sekolah . haha . kebanyakan budak - budak MC ialah budak Melayu . half daripada mereka adalah orang loaded , tapi , ada yang suka pura - pura loaded . xDD ada yang baik seperti aku dan ' Chundoong ' . xDD ada yang selamba bapak raba - raba perempuan depan cekgu . sigh , budak KL memang ganas . * geleng - geleng kepala * ada pulak yang datang tuisyen menghabiskan duit mak bapak mereka sahaja . =.=

seminar tuh start pukol 10 then habis pukul 5 petang . gila penat kau ! aku dah jadi panda dah sebab penat . dah lah kena datang awal sebab nak cop tempat . kena duduk depan , baru ilmu berkat . hehe . balik tuh semua muka ketat sebab penat . xD

dan seminar ini jugak menjadi alasan untuk aku dan atin meng - usaha Chundoong dengan sangat lama . well , sambil menyelam minum air . xD hari - hari jumpa Chundoong . rasa macam di awang - awangan . xDD

cakap pasal Chundoong kan . sebelum tuh , Chundoong yang dimaksudkan dalam petikan ini bukanlah Chundoong dari kumpulan MBLAQ yang sebenar . dia ialah seorang budak lelaki yang muka dia iras - iras Chundoong . seriously , muka diorang sama okeh ?

lepas sesi pertama seminar untuk hari ini , student pong masuk class lah kan . okeh , then , Chundoong pong masuk bersama beg sandang Adidas dia . pergh , atin dah tersenyum kambing kat aku . bila kitorang cuba meng - usha dia , baru aku perasan . DIA PAKAI SUNGLASSES ! sekali lagi , Chundoong pakai , BLACK SUNGLASSES ! aku terus pandang depan dan gelak kuat - kuat . xDD memang WTH gila . lepas tuh , waktu tengah belajar , dia letak sunglasses tu tergantung kat rambut dia . xDD

me ; boleh tak aku tanya kenapa Chundoong pakai sunglass tuh ? xD
arina ; oh , hari Isnin harituh pong dia pakai .
me ; WTH . xD
arina ; betol . sampai Mr Shahiran cakap , " encik XXXXXX , awak kelihatan seperti super junior dengan kaca mata awak " . xD
me ; AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA .
gila lah Chundoong . spek mata hitam dia ala - ala Elvis Presley gituh . xD aku dan atin dah tutup muka sebab malu tengok dia . xDD


bayangkan dia letak spek mata hitam kat rambut dia . xD

aku ada jugak terfikir sebab - sebab dia pakai sunglasses tuh . nak kata silau , bukannya silau mana pong kelas tuh . nak kata dia sakit mata , tak logik sebab dia tak pakai spek tuh , dia letak kat kepala jeh . maka , kesimpulannya , Chundoong pelik . xD well , maybe aku lagi pelik lah kan , tapi , whatever . xDD

nih belum masuk cerita , atin pergi kejar Chundoong kat masjid . ya , walaupun Chundoong pelik , dia selalu pergi masjid . dekat dengan Maths Clinic tuh ade satu masjid . dia ada ciri - ciri Imam Muda gitu . xD disebabkan kelas tuisyen aku sampai maghrib , aku dan rakan - rakan selalu solat dekat masjid tuh . di sini , aku sangat berharap , Chundoong tak tahu kitorang panggil dia Chundoong , sebab kalau dia tahu , habislah . =.=' dah lah aku mengumpat dia dalam blog aku . xD

dan cerita selipar Arina yang tercabut dekat masjid , tudung Syeera tercabut tengah jalan , dan aku , atin dan tiqah berlari naik kelas sebab dah lambat . well , peristiwa itu epic gila ! xD

alas , post nih cerita pasal Chundoong dan spek mata hitamnya yang sangat bergaya je dari tadi . xD whatever lahh , aku hendak solat dan makan . dan akan post lagi benda - benda mengarut kalau internet connection aku tak berkelakuan seperti seorang perempuan yang sedang period lagi . =.='

Mood ; h y p e r -

You Might Also Like

3 comments

  1. Wooooiii gila dasyat sampai kejar itu orang ke masjid XD
    kalau sembahyang sama pun takpe jugak!!
    XD
    heheheehe :D

    ReplyDelete
  2. yeah , kawan saya semua ekstrem . xD
    haha . lepas tuh dorang pegi semayang sekali lahh .
    sambil berlari kejar chundoong . xD

    ReplyDelete
  3. haha sangat dasyat
    ngehehehehe :D

    ReplyDelete

What you say?