I will fix everything you want, I will somehow change everything you don't like
2:41 PMGelap. Guruh berdentum. Nak hujan. Peduli apa aku. Baru lepas habis berdebat dengan Emeer tentang Classic Chicken McDeluxe. Macam hape jeh. ._. Ngok punya adik. Berkira. Bila beli McD, aku bayarkan untuk dia, aku tak bising pun. Ngok. Kau dah kaya nanti, Emeer. Aku datang tuntut balik semua! Muahahahahaha. >:3 Okay, topik seterusnya.
Aku dah suka ponteng sekolah. Jahat, tapi baik. Rasional tapi tidak. Alasan aku? Pergi sekolah takde kerja. Serius. Cikgu nak mula syllabus Form Five? SUUUURRRREEEEE. Dengan kehadiran yang boleh dihitung sebelah jari, boleh bla nak mula ajar. Cikgu pun ada takde jeh kat sekolah tuh. Alasan seterusnya, sekolah sunyi. ._. Dahlah Form 4 dengan Form 5 jeh yang tercongok kat sekolah tuh. Maka, itulah alasan aku tak pergi sekolah. Kbai.
Tapi, duduk rumah bukan aku buat apa pun. Ambil contoh hari nih. Aku bangun pukul sembilan. Syabas Tasha! ;~; Sembilan itu awal dalam kamus hidup aku, maka, kamu semua tidak ada hak untuk membangkang. Muahahahaha. Kbai lagi. Mandi. Lepas tuh, tercongok depan TV tengok Top Chef dan meleleh air liur tengok makanan dalam tuh. Lagi-lagi kalau usha Top Chef : Just Desserts. Hoh meh gosh. Aku boleh dapat diabetes dengan tengok semua pencuci mulut dia. Mousse cake, sherbet dengan pretzel! Sobs sobs.
Oh yeah, semalam aku tengok satu dokumentari dekat Discovery Channel. Tajuk dia 2012: World Apocalypse kot. Tak ingat sangat lah. Basically, documentary tuh cuma menceritakan kemungkinan macam mana bumi menghadapi hari kiamat tuh. Dalam sejam eksperesi tercengang aku depan TV dengan muka baru bangun tidur, rambut bersepah dan selipar chipmunk Mimi kasi. Waktu tuh, aku tersedar.
Bahawasanya aku masih takut pada kematian. Memang, lumrah manusia untuk takut pada kematian. Tapi, dengan takut pada kematian bererti kita tidak sanggup meninggalkan dunia. Bermakna kita cinta pada duniawi. Dan seperti yang kita semua tahu. Cinta pada duniawi bukan salah satu ciri ahli syurga, kan? Menjadi ahli syurga, itu impian aku.
Topik seterusnya, aku dah muat turun semua lagu B1A4 dalam Kevin. LIKE A BOSS. :3 Tak payah terkejut sangat kalau ringtone baby Corby aku tukar jadi lagu B1A4 okay? Muehehehehe.
Aku juga berjaya menghabiskan satu fanfic panjang. Nasib baik penghabisan dia gembira dan best dan tidak menyayat hati. Penat aku mengalirkan air mata jantan baca fanfic tuh tau! Aku sebenarnya tak suka sangat baca fanfic panjang berjela banyak chapter. Lagi-lagi yang tak habis dikarang lagi oleh penulisnya. Namun begitu, kerana bakat penulisan pengarang tersebut yang begitu meruntun jiwa dan menyentuh raga aku baca juga. :3
Malam nih tuition. Yesh, tengok budak comel! Eh, tak, yesh, nak belaja! Haha.
0 comments
What you say?