Sometimes I cry to myself secretly, Because I`m sensitive thug

10:18 PM


Bismillahirrahmanirrahim,

Shim Changmin. Contoh orang yang kau tak suka tapi suka. Tak suka. Tajuk hari ini. Ya, tak suka. Percaya tak? Mungkin akan ada individu yang mempertikaikan pemilihan topik ini. Mengapa topik tak suka? Kenapa tak pilih topik suka? Tapi, bukan keh kita hanya akan ada tak suka bila kita telah suka? Maka, tak suka tidak seharusnya diketepikan dan distereotaipkan hanya kerana negativitinya. Amboi, ayat AJK BM 4 Maju. :3

Tak suka boleh dikategorikan dalam banyak kategori. Kategori pertama. benda yang memang semua orang tak suka. Maksudnya, kalau kat buat banci penduduk satu dunia pun, semua responden cakap tak suka. Contoh senario ialah talian Internet yang begitu lembap dan bila kau lapar, tapi tak deh makanan dalam peti ais.

Situasi pertama sangatlah selalu terjadi kepada aku. Lagi-lagi sejak guna Celcom Berukband. Bayangkanlah tengah usha Sandeul, tiba-tiba video tak load. Ohmaygattt, sentap hati mak nak! Situasi seterusnya, apabila lapar dan tiada makanan. Terjadi selalunya bila cuti sekolah. Lagi lah sentap hati mak nak. Perut dahlah nyanyi lagu Meraung oleh New Boyz, peti ais pulang kosong. Sebenarnya penuh dengan makanan, tapi, semua kena masak dulu. ._. Korang tau kankebolehan memasak aku macam mana. Sobs.

Ini membawa kepada kategori tak suka yang kedua. Iatu kategori aku tak suka, tapi orang lain suka. Ada banyak contoh kategori nih. Contohnya, memasak, menjahit dan semua kerja-kerja wanita. Sumpah tak reti. ._. Kawan aku suruh aku ambik bibik jeh dan jangan berani-berani dekat dapur. Sobs. Seterusnya, bangun pagi. Gila benci. Gila tak suka. ._. Kepada suami, berani-berani lah kau kejut aku pagi-pagi. Kbye.

Lagi aku tak suka tapi orang suka ialah sayur. Eh bukan Xing Yi kesayangan aku, tapi sayur-sayuran lah. Seriously, bila aku nampak sayuran hijau dalam makanan tuh, aku terus amik garfu asingkan. Then, mama marah aku and aku buat muka. ._. Sayur, go away. Kbye lagi.

Kategori ketiga ialah orang lain tak suka, tapi aku suka sangat. Evidens penting pertama, Ribena. Semua orang akan secara autokratik gelar aku kanak-kanak Ribena bila nampak aku sedut Ribena kotak tuh sungguh-sungguh. Bishes just jealous. Aku adalah antara orang yang akan tukar Ribena setiap kali pesan McD. :3

Tambahan lagi, aku juga sangat suka tegur orang. Aku boleh peluk orang yang aku tak kenal dan cakap aku dah habis final exam macam tuh jeh. Haha. Tapi dalam banyak-banyak orang yang aku berani tegur, crush aku bukanlah salah seorang darinya. ._.

Kategori terakhir dan mungkin antara kategori paling penting. Tak suka tapi suka. Betul, tak suka tapi suka. Seram nihhh. Ahahaha. Benda-benda nih nampak trivial, tapi aku tak suka dan suka dalam masa yang sama. Ada banyak sangat benda. Contohnya, sinetron. Aku sumpah menyampah tengok setiap episod. Aku dah tahu dah jadi apa, tapi aku tak boleh buat tangan aku ambik remote, tukar channel. Lagi tak suka tapi suka.

Salah satunya ialah bau perfume ayah. Aku tak suka bila sebelum pegi kerja, dia akan masuk bilik aku, cium aku dan keluar. Tapi, bau dia kekal dalam bilik aku walaupun dah 30 minit ayah keluar. Dan pada waktu itu lah, aku suka tapi tak suka.

Sama lah macam Emeer. Ye lah, adik koding aku tuh. Aku tak suka dia selalunya, tapi aku suka dia. Pelik kan? Sama macam mama yang suka marah aku untuk macam-macam benda. Aku suka tapi tak suka.

Dan paling misteri sekali, diri aku. Ya, aku. Aku ada banyak benda aku tak suka tentang diri aku. Aku mengada-ngada, tak matang, manja, bajet cool liddat dan gedik. Tapi, aku masih suka diri aku lagi. Sebab aku tak pernah lari dari prinsip hidup aku. Aku buat benda dengan cara aku dan tak pernah cuba berlakon palsu. Itulah, tak suka tapi suka.

Kau, apa yang kau tak suka?

Mood : s a t i s f i e d -

You Might Also Like

0 comments

What you say?