Hikayat Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana

5:29 PM

Bismillahirrahmanirrahim ,

Hatta maka beberapa lamanya Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana tidak dapat mengonlinekan dirinya kerana sekolah . Syahadan , bermuram durjalah tuan puteri kerana tiada dapat peluang melihat kekasih hati intan payungnya , Tun Pendekar Lima Keris Sakti , Jung Yunho .

Setelah dicuri peluang oleh tuan puteri untuk mengonlinekan diri semasa sedang diperbuat kerja sekolah bahasa melayunya , arakian , berlarilah tuan puteri ke arah kevin , intan payung tuan puteri untuk menatap wajah kakanda pujaan hatinya . Adapun Tun Pendekar Lima Keris Sakti sebegitu elok parasnya ditatap dengan lama maka terlalulah sukacitanya lalu dipeluknya .

Syahadan maka tersebutlah perkataannya Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana dalam keadaan gering . Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana pun bertitah dalam kemasyhgulan ;

Sungai Mat Nasib sungai derhaka ,
Entah bila akan tibanya ,
Kakiku sakit kerana berdansa ,
Hanya Tuhan sahaja tahu semuanya .
Dengan hal yang demikian , terdengarlah rintihan yang bagai halilintar membelah bumi dari kamar Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana setiap hari . Apabila dibangunkan daripada beradunya , apabila hendak bersiram , terdengarlah rintihan kerana kegeringan yang amat sangat hebat di bahagian kaki tuan puteri .

Hatta apabila tuan puteri mendapat perkhabaran bahawa kakanda pujaan hatinya , BEAST tiba di Malaysia . Maka hancurlah hati Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana bagai kaca terhempas ke tanah . Berbondong -bondonglah sahabat tuan puteri datang menghiburkan hati ini yang gundah gulana . Maka Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana pula terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya melihat gambar Indera Nata Yun Dujun yang terlalu elok parasnya .

Alkisah tamatlah ceritera hikayat epik Tuan Puteri Dayang Natasha Eliyana dan juga kakanda hatinya , Tun Pendekar Lima Keris Sakti , Jung Yunho . Arakian , berbahagialah tuan puteri dan kakandanya hingga ke anak cucu dengan izin - Nya . Maka terlalu sukacitanya hati tuan puteri kerana dapat mengarang hikayat yang terlalu amatlah epik seperti ini .

Tamat .

P.S ; reason why i should not read too much prosa tradisional . i iz fail . loljk . i'm awesome .

Mood ; b o u n c y -

You Might Also Like

0 comments

What you say?