Muka Terbaik

4:46 PM

Bismillahirrahmanirrahim ,

entri akan ditulis dalam Bahasa Malaysia pada hari ini . kerana bahasa jiwa bangsa . YEAHHH . dan bila saya menulis dalam BM , maka , entri akan menjadi sangat panjang dan berjela - jela dan tidak rasional lagi logik . bukankah saya Natasha Eliyana ? * latar belakang gelak gaya jahat *


dari kiri ke kanan ; park jiho , park taejun , lee chihoon

tahukah anda siapa mereka ? apa , penyanyi ? TIDAK . pelakon ? TIDAK . pelawak ? lagilah TIDAK . jika S. Jibeng terkenal kerana suaranya dan M Daud Kilau digilai kerana baju labuci berkilatnya , tiga jejaka dari Korea Selatan ini terkenal kerana rupa paras mereka .

mereka bertiga digelar sebagai ' uljjang ' yang membawa maksud secara longgarnya ' muka cantik ' . secara ringkasnya , ' uljjang' ialah orang - orang kacak , lawa dan comel seperti saya yang menjadi popular kerana gambar - gambar mereka di alam siber . ada berpuluh ' uljjang ' di Korea dan mereka bertiga adalah sebahagian daripadanya .

malangnya , saya telah terjatuh cinta lagi suka pada Park Taejun . dia tersangatlah kacak dan comel dan semua kata adjektif yang sinonim dengannya . dan fakta yang paling penting , Park Tae Jun juga sangat kaya . ;D dia merupakan CEO kepada pusat beli - belah atas taliannya sendiri . dan percaya atau tidak , dia tua setahun daripada teman lelaki nombor satu saya , Jung Yunho . namun kerana ' muka bayi ' nya , ramai yang telah tertipu .



dan apa yang saya lakukan dari pagi tadi ialah menonton rancangan realitinya , 꽃미남 주식회사 , yang jika ditukar ke BM bermaksud Syarikat Lelaki Cantik di KamuTube . oh , BM memang HEBAT . selain itu , saya juga asyik membuka tumblr untuk mencari gambar - gambar beliau . orang kacak seperti dia harus bersyukur kepada Tuhan kerana dilahirkan begitu .

konklusi daripada entri yang tidak bermakna ini adalah kita perlulah mensyukuri nikmat Tuhan . paras rupa yang elok bukannya pengukur diri seseorang . entri ini hanya untuk menunjukkan pemilik blog mudah suka kepada orang yang berduit . =.=' ayuh sama - sama menjadi mereka yang yakin dengan diri sendiri seperti Park Taejun dan tunjukkan diri anda yang sebenar . kerana dirimu begitu berharga ! ;D

okay , okay , ini gamba terakhir Park Taejun saya akan tampal di blog saya ! hehe .


hehe .

Mood ; g e d i k -

You Might Also Like

0 comments

What you say?