manglish .

9:59 PM

can you let me write in Malay today ? the sudden urge to write in BM . haha .



GORGEOUS . ♥

ohh , saya maksudkan Chundoong yang sebenar . tapi , tapi , saya lebih suka pada Bang Chul Yong atau nama kacaknya , Mir . bagaimana ? biar saya beritahu awak cerita saya .

Hari ini seperti hari - hari lain , saya perlu ke sekolah . saya tidak pernah tahu mengapa kita semua perlu ke sekolah . bukankah menonton DBSK di kaca televisyen lebih merangsang minda dari mempelajari struktur hati , interior angle dan skala lurus ?

Selepas tamat persekolahan , saya ada latihan rumah sukan . saya ialah ahli Temenggung . ya , kami sering mendapat tempat tercorot . saya sendiri tidak mengetahui sebabnya . tapi , saya masih bangga berbaju kuning Temenggung . persetankan rumah sukan lain . hari ini ialah latihan merentas desa . saya sangat benci merentas desa . Tasik Titiwangsa sangat besar seperti rumah Gu Jun Pyo yang bertingkat - tingkat . Ditambah dengan matahari yang memancar terik , cubalah bayangkan penderitaan yang saya alami . mujur saya masih mampu bernafas selepas latihan merentas desa . oh ya , semasa latihan pergerakan berirama , saya telah mendengar lagu - lagu yang digunakan . antara lagu - lagu yang tersenarai ialah Gula - Gula Telingaku oleh Baek Ji Young dan Taecyeon , Abracadabra oleh Gadis Bermata Coklat dan juga Maaf - Maaf oleh Junior Yang Hebat . saya juga terdengar lagu Denyut Nadiku oleh Dua Petang digunakan sebagai lagu persembahan senamrobik . ohh , pop korea kini menguasai SMKPT .

selepas tamat latihan sukan , saya dan beberapa orang rakan saya pulang ke rumah sahabat saya , Atiqah untuk pergi ke kelas tambahan di Maths Clinic . kami pergi ke kelas ini untuk menggantikan kelas kami yang akan bercuti semasa Hari Thaipusam nanti . dan saya juga mahu melihat Chundoong . apabila saya memasuki kelas bersama beg sekolah Wild Chanel saya yang berwarna hijau muda , semua mata memandang . ohh , mereka sukakan beg saya . ya , beg sekolah saya berwarna hijau muda . dalam English ianya dipanggil striking colours . saya tidak tahu mengapa saya memilih beg itu . mungkin kerana warnanya HEBAT seperti diri saya . saya terlihat Chundoong dan berasa gembira . saya memilih untuk duduk sebaris dengan dia . oh , saya sungguh gedik . saya risau dengan keadaan diri saya . mengapa saya berkelakuan begitu apabila terlihat Chundoong ? adakah ini perubahan hormon yang diwar - warkan selama ini ?

Saya duduk mungkin satu depa jauh dari Chundoong . dia kelihatan seperti seorang budak yang baik . tidak seperti saya . saya hampir tertawa melihat begnya . begnya ada gambar kucing . ohh , chundoong ! sekali lagi , saya risau melihat diri sendiri .

oh , saya terlupa menceritakan kisah di depan bangunan KRU . ya , KRU yang menyanyikan lagu " AWASSS , PEREMPUANN AWASSS ! " pejabat mereka terletak berdekatan dengan tempat tuisyen saya . saya berharap dapat berjumpa Adam kerana pada hari selasa kami telah terserempak dengan Remy Ishak . sesungguhnya , Remy Ishak itu indah khabar dari rupa . namun , malangnya kami tidak terserempak dengan Adam . oh , kecewanya saya . tapi , saya ternampak kereta Lambourgini berwarna merah di depan pejabat mereka . wah , hebatnya !

saya sepatutnya sudah pengsan di katil saya dari jam 9 tadi . tapi , saya perlu menolong cik Lai Hor Shin atau nama kacaknya Yoon Jihoo menulis surat rasmi untuk permohonan biasiswanya . mengapa dia meminta bantuan saya ? kerana saya sangat HEBAT . haha . bukanlah . ianya kerana saya rasa jika Jihoo sendiri menulis surat itu , pasti orang yang melihat permohonannya terus membatalkan permohonan Jihoo kerana BM yang tunggang - langgang . mujur cik Natasha Eliyana yang HEBAT ada untuk membantunya . sekian luahan perasaan saya . maaflah , panjang sangat !

okay , that's long . sorry . hehe . :D

Mood ; H E B A T -

You Might Also Like

0 comments

What you say?